29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adik Penyanyi Dipenjara Lima Bulan, Curi RM54,000 Di Gerai Durian

    Shopee Sale

    Seorang lelaki warganegara Malaysia telah dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan selepas mengaku bersalah mencuri SGD17,300 (kira-kira RM54,414) daripada peti besi gerai durian tempatnya bekerja di Singapura.

    Artikel Berkaitan: Pelakon Era 90-an, Ridani Ghani Meninggal Dunia

    Artikel Berkaitan: Misteri Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Wanita Dalam Bagasi Di Rumah

    Kaki judi

    Memetik Shin Min Daily News, lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai merupakan adik kepada penyanyi Malaysia, Diorlying.

    Difahamkan, tertuduh bernama Tan An Sheng melakukan kecurian itu antara 20 hingga 22 Februari 2026 di sebuah gerai durian di Bukit Batok yang terletak di Singapura.

    Dalam pada itu, tertuduh juga dipercayai pernah meminjam wang dari pelbagai pihak di kawasan itu sebelum ditahan.

    MENARIK:  Jojo Ghazali ‘Tayang’ Kekasih? Ramai Peminat Wanita Undur Diri – ‘Satu Malaysia Merajuk’

    Pemilik gerai durian itu turut memaklumkan bahawa beberapa pemungut hutang pernah datang ke premis tersebut untuk mencari Tan.

    Sebelum ini, Diorlying atau nama sebenarnya Tan Jiaying pernah mendedahkan adiknya sering terlibat dengan judi sejak remaja.

    Malah, dia turut disyaki terlibat dalam beberapa kes lain termasuk kecurian, penipuan serta pinjaman wang tidak berlesen, yang didakwa telah membebankan keluarganya untuk tempoh yang lama.

    Sumber: Shin Min Daily News

    The post Adik Penyanyi Dipenjara Lima Bulan, Curi RM54,000 Di Gerai Durian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah