27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Oppa Pun Layan! Ini Sebab Kenapa Biskut Roma Kelapa Jadi Pilihan Utama Lee Minho

    Shopee Sale

    Sebut je nama Lee Minho mesti ramai yang cukup kenal? Wajahnya yang kacak, senyumannya yang manis serta lakonannya yang mantap pastinya buat mereka yang menonton terus teruja.

    Tapi korang tahu tak, dalam kesibukan jadual seni Lee Minho, Oppa kita ni sebenarnya sangat mementingkan masa berkualiti bersama keluarga. Paling menarik, ada satu biskut kegemaran yang wajib ada setiap kali mereka berkumpul.

    Nak tahu apa dia? Rupanya, biskut Roma Kelapa yang menjadi pilihan utama Lee Minho untuk dinikmati bersama keluarga tercinta!

    Haa.. jom kita ketahui lebih lanjut kenapa biskut ni begitu istimewa di hati beliau dan jutaan keluarga lain.

    1. Dibuat daripada kelapa asli dan aromanya cukup memikat!

    Bila korang buka je bungkus biskut Roma Kelapa ni, bau keharuman Kelapa asli terus menerpa hidung!

    Biskut rangup yang diperbuat daripada kelapa asli ini memberikan rasa Kelapa yang seimbang dan autentik. Sebab itulah Lee Minho sendiri terpikat dengan kualiti dan keaslian rasa yang ditawarkan oleh Roma kelapa.

    2. Pilihan sempurna untuk sesi ‘catch-up’ bersama keluarga

    Kehidupan seharian kita kadangkala terlalu sibuk sampaikan waktu nak berbual dengan ibu bapa dan adik-beradik pun terhad.

    Jadi, jadikan momen minum petang atau sesi sembang malam sebagai waktu untuk reconnect bersama mereka.

    Menghidangkan biskut Roma Kelapa semasa meluangkan masa bersama keluarga bukan sahaja mengenyangkan, malah membangkitkan suasana yang penuh kehangatan dan keselesaan.

    Sebiji demi sebiji biskut dimakan, sedar tak sedar dah macam-macam cerita dan gosip dikongsi bersama!

    MENARIK:  Shiha Zikir Jawab Dakwaan Anak Emas TV3, Tolak Tepi Istilah ‘Eksklusif’ & ‘Selektif’

    3. ‘Sedap Dimakan, Enak Dicelup’ – Paling ngam dengan teh panas!

    Satu perkara tentang biskut Roma Kelapa yang korang kena tahu, cara menjamahnya memang fleksibel dan sangat menyeronokkan!

    Korang boleh makan begitu sahaja untuk menikmati keranggupannya atau gunakan cara kegemaran rakyat Malaysia iaitu dengan mencelup!

    Cuba korang celup biskut Roma Kelapa ke dalam secawan teh panas kegemaran korang terlebih dahulu. Tekstur biskut yang menyerap teh panas itu memberikan kombinasi rasa yang luar biasa!

    Sesuai sangat untuk peminat teh. Kalau korang pencinta tegar kopi, korang pun boleh cuba gandingan ini untuk kick yang lebih umph!

    Bersesuaian dengan tagline biskut Roma Kelapa iaitu “Sedap Dimakan, Enak Dicelup” yang menggambarkan betapa layannya biskut ni.

    Jom bawa pulang biskut Roma Kelapa hari ini!

    View this post on Instagram

    A post shared by Roma Biscuits Malaysia (@romabiscuits)

    Dah tak sabar nak rasai sendiri biskut kegemaran Lee Minho ni sambil tonton K-Drama hujung minggu nanti? Jangan tunggu lagi, ayuh dapatkan biskut Roma Kelapa di pasar raya atau kedai runcit berhampiran korang sekarang.

    Pastikan stok sentiasa ada di rumah untuk momen-momen manis bersama yang tersayang.

    Sekali dah cuba celup dengan teh panas, gerenti satu keluarga nak lagi!

    The post Oppa Pun Layan! Ini Sebab Kenapa Biskut Roma Kelapa Jadi Pilihan Utama Lee Minho first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah