Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi keadaan kesihatan ibunya yang mesra disapa Mak Jenny.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Utamakan Keselesaan Mak Jenny, Tiada Isu Berebut Harta – ‘Saya Tidak Akan Tuntut Apa-Apa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Belikan Katil Khas Untuk Keselesaan Mak Jenny, Netizen Puji – ‘Bagus Sentiasa Jaga & Hargai Emak’
Keadaan kesihatan Mak Jenny merosot
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nubhan atau nama lengkapknya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, meluahkan rasa sedih melihat tahap kesihatannya ibunya yang kian merosot.
Kesihatan mak perlahan-lahan merosot. Daripada seorang wanita yang sentiasa aktif, yang sentiasa menjadi penguat keluarga tapi sekarang, hospital mula jadi tempat kerap kami pergi.
Rawatan demi rawatan. Dan sejak hari tu, aku mula sedar tiada siapa yang akan kekal kuat selama-lamanya.
Sementara itu, pelantun lagu Ada UntukMu ini mengakui tidak menyangka sosok seorang wanita yang sebelum ini kuat dan sihat akhirnya diuji dengan masalah kesihatan yang begitu berat.
Dulu, aku selalu ingat mak akan kekal macam ni selamanya. Masih mampu jalan, ketawa, bergurau dengan kami.
Rupa-rupanya, Allah hanya meminjamkan saat-saat tu supaya satu hari nanti, bila aku lihat kembali semua kenangan ni, aku tahu betapa berharganya nikmat mempunyai seorang ibu yang sihat. Dan betapa cepatnya masa mengubah segala-galanya.
Dalam pada itu, Nubhan turut berkongsi rasa pilu apabila melihat perubahan ketara pada ibunya yang kini lebih banyak terlantar dan memerlukan perhatian rapi.
Dia juga berharap agar orang ramai menitipkan doa agar ibunya itu diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.
Inilah keadaan Mak Jenny sekarang. Doakan Mak Jenny sembuh ya. Dia hanya terbaring.
Orang selalu cakap, selagi mak masih ada, kita masih ada tempat untuk pulang. Hari ni, aku masih pulang, tapi aku dah tak boleh pulang kepada mak yang dulu. Mak yang sambut dengan senyuman, sibuk bertanya dah makan?
Sekarang, aku cuma mampu pandang wajah mak dan berdoa dalam diam.
Sumber: TikTok Nubhan Ahamad
The post Kesihatan Mak Jenny Merosot, Nubhan Mohon Doa Orang Ramai – ‘Dia Hanya Terbaring’ first appeared on OHBULAN!.





