27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS sedia pangkah musuh demi sekat dominasi PH, DAP di Johor

    Shopee Sale

    Pemuda PAS menegaskan bahawa kewajipan utama setiap ahli parti adalah untuk mengundi dan memastikan kemenangan mutlak bagi semua calon Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.

    Mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kesediaan memberi undi kepada calon BN di kawasan yang tidak ditandingi oleh PN, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, berkata fokus utama gabungan itu adalah untuk memperkukuhkan penguasaan politik Melayu-Islam di negeri tersebut.

    “Matlamat utamanya ialah memastikan dominasi Pakatan Harapan, khususnya pengaruh DAP sebagai parti terbesar dalam gabungan itu, dapat disekat demi menjaga kepentingan rakyat dan masa depan negeri Johor.

    “Pemuda PAS berpandangan bahawa strategi memecahkan penguasaan PH merupakan satu keperluan yang mesti difahami oleh semua pihak.

    “Dalam suasana politik hari ini, setiap undi mempunyai nilai strategik untuk menentukan hala tuju pentadbiran negeri selepas pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam, PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-BN di kerusi tidak ditandingi PN.

    “Saya yakin ahli PAS memahami betapa perlunya penyatuan ummah diteruskan dan PN ialah wadah ke arah penyatuan tersebut,” katanya.

    PAS bertanding di 11 DUN pada PRN Johor kali ini berbanding 15 sebelumnya. Komponen PN yang lain iaitu Bersatu bertanding di 16 kerusi, MIPP (5) dan Pejuang (1).

    MENARIK:  Mokhtar mahu majlis syura ulama tapis calon Presiden PAS

    BN pula bergerak solo dan bertanding di semua 56 DUN manakala PH rakan BN dalam kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan pula meletakkan calon di 56 kerusi.

    Mengulas lanjut, Khairul Nadzir menjelaskan bahawa perkara tersebut harus dilihat dalam konteks strategi politik yang lebih besar. Katanya, dalam suasana politik hari ini, setiap undi mempunyai nilai strategik untuk menentukan hala tuju pentadbiran negeri.

    “Keutamaan PAS tetap konsisten, iaitu memperkukuhkan penguasaan politik Melayu-Islam, memastikan kemenangan PN sebanyak mungkin, serta menghalang PH dan DAP daripada menguasai Johor.

    “Inilah pendirian yang sentiasa menjadi asas pertimbangan PAS dalam setiap keputusan politik,” katanya.

    Dia turut menambah bahawa sebarang pertimbangan untuk mengundi calon selain PN di kerusi-kerusi tertentu bukanlah satu dasar umum. Sebaliknya, Khairul Nadzir berkata, ia strategi yang boleh berubah mengikut keperluan serta perkembangan semasa demi menghalang kemaraan PH.

    Oleh itu, katanya, undi ahli PAS adalah wajib diberikan kepada mana-mana calon yang bertanding atas tiket PN tanpa mengira parti komponen yang diwakili.

    Pihak Pemuda PAS turut menyeru seluruh ahli dan penyokong supaya mengekalkan disiplin perjuangan, mematuhi arahan parti, serta tidak terpengaruh dengan naratif yang cuba mengelirukan masyarakat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah