29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anes Ayunie Reda Rahim Dibuang, Tidak Lagi Datang Haid – ‘Allah Nak Aku Puasa & Solat Penuh

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Anes Ayunie mengakui detik paling sukar dalam hidupnya adalah apabila terpaksa membuang rahim selepas mengalami komplikasi serius ketika melahirkan cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: Ayunie Syukur Selamat Selepas Berdepan Komplikasi Kehamilan – ‘Tanpa Kuasa Mu, Aku Tak Mampu Di Sini Lagi Ya Allah’

    Ayunie terima takdir

    Menerusi perkongsian di Threads, Ayunie berkata dia banyak menangis kerana sukar menerima hakikat sudah kehilangan rahim.

    Namun, selepas bermuhasabah, dia memilih untuk reda dan menganggap ujian itu sebagai peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

    Saya sebenarnya banyak menangis sebab sedih fasal rahim dah tak ada, tapi fikir balik, Allah Maha Baik banyak sangat dah Allah bagi nikmat di usia 20-an.

    Sejak bertahun-tahun dah Allah tunaikan macam-macam. Mungkin Allah nak saya solat dan puasa penuh, mungkin Allah nak lepas ini aku hargai masa yang ada kejar impian dunia akhirat.

    Live to the fullest, dah berderet saya pregnant macam-macam hal saya tunda. Tak apa, Ya Allah Nikmat Mu itu terlebih banyak dari apa yang kau ambil.

    Dalam perkongsian berasingan, Ayunie berdoa agar diberikan kekuatan untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah.

    Lepas ini dah tak ada period tapi saya minta ‘Ya Allah kau dah ambil rahim aku, maka kau jadikan diri aku hamba yang ketagih dengan melakukan ibadat terhadap Mu, hamba yang merasa manisnya setiap amalan, hamba yang takboleh jauh dari mu walaupun sehari sesaat. Rajinkan aku untuk mengejar akhiratmu. Amin’.

    Pada masa sama, Ayunie turut menjelaskan bahawa pembedahan membuang rahim itu tidak menyebabkan dirinya mengalami menopaus kerana kedua-dua ovarinya masih berfungsi.

    Ya rahim dibuang tapi kilang telur saya tak dibuang hanya tiada haid bukan monopos.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  #AJL39: Persembahan Ernie Zakri, Aina Abdul Terima ‘Standing Ovation’ Daripada Penonton

    The post Anes Ayunie Reda Rahim Dibuang, Tidak Lagi Datang Haid – ‘Allah Nak Aku Puasa & Solat Penuh first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah