Tindakan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman yang menjaga privasi kehamilan anak pertama mereka sebelum ini meraih perhatian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Akui Fasa Akhir Kehamilan Mencabar – ‘Nak Tidur Susah, Duduk..Bangun Tak Kena’
Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Kisah & Maksud Nama Jarir Umar – ‘Mencerminkan Kebijaksanaan Menjaga Aib Sesama Manusia’
Dipuji
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, peminat memuji tindakan mereka yang dkatakan tidak terlampau mengikut budaya barat.
Apa yang lebih mengagumkan peminat adalah prinsip mereka yang memilih untuk tidak mengikut trend ‘gender reveal’ atau menayangkan bentuk badan (baby bump) secara terbuka di media sosial.
Para peminat turut menyifatkan tindakan pasangan itu sebagai satu budaya yang perlu dikembalikan dalam masyarakat Muslim.
Sesungguhnya artis sangat memberi contoh kepada masyarakat.
Di saat Amira Othman tidak membudayakan gender reveal, tak tunjuk babybump, reveal pregnancy disaat 7 bulan, nak bersalin masih gigih mencari rezeki semoga ia menjadikan 1 budaya yangg perlu diikut.
Jangan menormalisasikan benda tak sepatutnya dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.
Sebelum ini, Amira dilihat tidak terlalu terbuka untuk berkongsi tentang kehamilannya namun tetap memaklumkan berita gembira apabila tarikh bersalinnya hampir tiba.
Tidak hanya itu, Fattah dan Amira sangat menjaga privasi anak mereka sehingga bayi itu dilahirkan.
Sumber: Threads
The post Netizen Puji Sikap Amira Othman & Fattah Amin – ‘Tidak Membudayakan Gender Reveal, Baby Bump’ first appeared on OHBULAN!.





