29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Sempat Hadiri Showcase Misha Omar Beberapa Jam Sebelum Bersalin – ‘Subuh Esoknya Terus Check In Hospital’ 

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengimbas kembali momen cukup bermakna buat dirinya sebelum melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhammad, lapan bulan lalu.

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Terlibat Kemalangan, Bumper Kereta Tercabut

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali Akhirnya Dedah Wajah & Nama Anak – ‘Nik Muhammad’

    Nekad ke showcase Misha

    Menerusi hantaran di Instagram, Nabila, berkata, sehari sebelum dimasukkan ke hospital untuk proses bersalin, dia sempat menghadiri Misha Omar Back To Basic Showcase yang berlangsung pada Disember lalu.

    Jelas penyanyi berusia 32 tahun itu, dia nekad untuk menyaksikan persembahan penyanyi kesayangannya kerana membesar dengan lagu-lagu Misha.

    Saya memang membesar dengan lagu kak Mitch (Misha Omar). Semua lagu ada dalam playlist. Bila tahu dia nak buat showcase, memang excited gila.

    Walaupun due date dah dekat, hati tetap nak pergi. Masa itu pun tiket cepat habis, nasib baik kak Mitch tambah seat dan saya dapat juga beli untuk family.

    Jelas Nabila, pagi sebelum showcase berlangsung dia melakukan pemeriksaan kehamilan di klinik kerana usia kandungan sudah memasuki 38 minggu dan doktor menasihati supaya dimasukkan ke hospital pada hari sama.

    Walaupun sedikit bimbang, Nabila memberanikan diri bertanya kepada doktor sama ada dia masih boleh menghadiri showcase tersebut sebelum masuk ke wad.

    Doktor cakap ‘Nabila, I suggest you induce, admit malam ini’. Masa itu saya blur kejap sebab clash dengan showcase kak Mitch. Fikir macam-macam pasal nak bersalin, hidup mati, tanggungjawab jadi ibu.

    Keluar bilik doktor saya termenung, dalam hati nak sangat pergi showcase. Kemudian saya tanya suami dan doktor. Saya tanya doktor boleh ke pergi konsert sebelum warded.

    Doktor tanya konsert itu berdiri ke duduk, saya jawab Misha Omar terus doktor kata pergi lah. Dia cakap jangan melompat. Subuh esoknya dia minta saya ‘check in’ terus hospital.

    Sewaktu di showcase tersebut, Nabila menzahirkan rasa terharu apabila Misha menyanyikan lagu popularnya berjudul, Peluang Kedua yang membuatkan dirinya sebak sehingga menitiskan air mata.

    Idola sendiri nyanyi lagu saya dan esok pula nak masuk labour room. Memang sebak sangat. Saya menangis sebab teringat macam-macam, tapi itu antara kenangan paling indah dalam hidup saya.

    Nabila bersyukur kerana proses kelahiran anak sulungnya dipermudahkan dan menganggap menghadiri showcase idolanya itu sebagai satu keputusan terbaik yang pernah dibuat.

    MENARIK:  [VIDEO] Datuk Awie Berharap Kerjaya Seni Artis Tidak Dilarang: 'Jangan Minta Kami Berhenti, Masing-Masing Ada Kerja & Tanggungjawab'

    Sumber: Instagram

    The post Nabila Razali Sempat Hadiri Showcase Misha Omar Beberapa Jam Sebelum Bersalin – ‘Subuh Esoknya Terus Check In Hospital’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah