Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Maslinda Yusoff mendakwa hubungannya dengan anak sudah tidak lagi rapat sejak Ogos tahun 2024.
Artikel Berkaitan: ‘Apa Rasa Kalau Nak Jumpa Cucu Pun Bersyarat?’ – Ibu Zahirah MacWilson
‘Kesabaran saya terus hilang’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Maslinda mendakwa pelbagai usaha telah dilakukan bersama suaminya termasuk datang ke Kuala Lumpur bagi memperbaiki keadaan. Namun segala usaha mereka didakwa hanya sia-sia.
Sebenarnya, hubung saya dengan anak saya dah tak rapat sejak August 2024 lagi.
Dah berkali saya dan suami turun ke KL cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan, in private dan melalui ustaz sebagai orang tengah tapi tidak di terima.
Maslinda turut mendakwa kesabarannya memuncak selepas menerima mesej yang mengguris hati sehingga mendorongnya berkongsi luahan tersebut di media sosial.
Dah lama saya berdiam diri dan bersabar tapi bila dia whatsapp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang, Allahuakbar!
Semakin saya biarkan semakin melampau dan biadap! Sebab tu saya tidak berfikiran panjang satu terus update di social media. Saya tahu anak saya lebih takut kepada social media dari kemurkaan Allaah.
Mengakui kecewa terhadap keadaan yang berlaku, Maslinda menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT.
Semoga doa-doa kami di depan Ka’bah, dan di Arafah di makbulkan.
Ya Allah aku tidak berdaya lagi, aku serahkan segala urusanku kepada mu, Ya Allah.
Terdahulu di Threads, Maslinda seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya dikenakan syarat untuk bertemu dengan cucu sendiri.
Sumber: Instagram Maslinda Yusoff
The post Ibu Zahirah MacWilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang Sejak 2024 – ‘Saya Terima Mesej Yang Sedih & Menyakitkan Hati’ first appeared on OHBULAN!.





