31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anggun Berbusana Pengantin, Adira Nafi Beri Bayangan Bakal Naik Pelamin

    Shopee Sale

    Memuat naik hantaran dengan persalinan busana pengantin, penyanyi, Adira Suhaimi menyangkal dakwaan dirinya memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

    Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sarung Gaun Pengantin, Komen Datuk Red Undang Perhatian – ‘Cantiknya..Memang Tak Padan Langsung Dengan Saya’

    Kerja, bukan kahwin

    Tidak berniat mencetuskan kontroversi, pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi, 33, berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab bagi mempromosikan sebuah jenama butik.

    Tidak berniat nak memberi apa-apa bayangan pun. Video saya menyarung baju pengantin adalah untuk tujuan kerja, mempromosikan jenama ‘bridal’, itu sahaja.

    Adira berkata demikian ketika ditemui di sesi latihan Konsert Festival Tentang Cinta, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Ombak Rindu itu turut menyedari pelbagai komen lucu daripada netizen termasuk ada yang teruja mahu melihatnya kembali naik pelamin.

    Namun begitu, Adira tidak ambil hati dan menganggap gurauan itu sebagai tanda kasih sayang peminat.

    Saya sedar akan gelagat netizen terumata peminat yang meninggalkan pelbagai komen pada hantaran itu termasuk ada yang ucap tahniah.

    Saya anggap sikap peminat yang ‘tidak keruan’ itu menunjukkan yang mereka masih sayang dan ambil berat terhadap saya.

    Saya menerima apa jua yang netizen mahu cakap. Saya terbuka dengan segala kata-kata diberikan.

    Terdahulu, peminat tidak senang duduk apabila Adira berkongsi video mengenakan gaun pengantin putih di Instagram, lengkap dengan sentuhan anggun bak ratu sehari.

    MENARIK:  Kantoi Ada Simpanan RM30K, Isteri Minta Cerai Sebab Tak Bagi Duit Makan – ‘Keluarga Aku Dengan Mentua Gaduh Sampai Kes Polis’

    Lebih mengundang perhatian, bekas suami Adira iaitu Adnan Abu turut meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

    Imbas kembali, Adira mendirikan rumah tangga dengan Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum sah bercerai pada 23 April 2024.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6 dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

    Sementara itu, Adnan atau mesra disapa Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    The post Anggun Berbusana Pengantin, Adira Nafi Beri Bayangan Bakal Naik Pelamin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah