Selepas hampir tujuh tahun menyepi daripada industri seni tanah air, pelakon Azar Azmi akhirnya membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Perlahankan Karier Demi Hormati Keputusan Mentua – ‘Saya Tak Nak Derhaka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nazeera Sardi Buat Kejutan Jumpa Azar Azmi, Sempat Titip Kata Semangat – ‘Jalan Terus Za’
Azar Azmi kembali berlakon
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian video di Instagram Bambam Studios, Azar dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja tiba di set penggambaran pertamanya selepas sekian lama berehat daripada dunia seni.
Pelakon drama Nur itu turut mengakui berasa sangat gementar selain sukar mengawal emosi kerana terlalu lama meninggalkan bidang yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu.
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat serta rakan artis yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja melihat kemunculan semula Azar di kaca televisyen.
Difahamkan, Azar bakal membintangi drama terbaharu Astro berjudul ‘Bulan Henti Bicara’.
Menerusi klip yang dikongsikan, Azar akan membawa watak bernama Fauziah, selain turut dilihat melakonkan beberapa babak menggunakan kerusi roda.
Sumber: Instagram Bambam Studios
The post [VIDEO] Azar Azmi Tak Dapat Tahan Sebak, Kembali Berlakon Selepas 7 Tahun – ‘Saya Nervous, Takut’ first appeared on OHBULAN!.





