Selebriti media sosial, Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kemelut kes hadanah membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akhirnya selesai selepas melalui proses yang berpanjangan selama tiga tahun.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sunatkan Anak Seawal Usia 2 Hari, Akui Senang Jaga – ‘Best Decision Ever!’
Hak jagaan penuh

Menerusi hantaran di Instagram, Fatin atau nama sebenarnya Nur Fatin Afeefa Shamsudin, 32, memaklumkan hak penjagaan penuh terhadap Ivy kekal diberikan kepadanya selaku ibu kandung.
Alhamdulillah. Selepas tiga tahun, akhirnya kes hadanah ini selesai. Hak penjagaan penuh kekal diberikan kepada saya sebagai ibu kandung.
Pada ketika ini, saya cuma mahu semua pihak meneruskan kehidupan dengan tenang dan memberi fokus kepada perkara yang benar-benar penting iaitu kesejahteraan Ivy.
Dalam pada itu, Fatin turut berharap tiada lagi pihak yang memanjangkan isu berkenaan dan mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing demi kebahagiaan anak kecil itu.
Tiada lagi alasan dan tidak perlu lagi memanjangkan perkara yang tidak sepatutnya. Suara Ivy juga penting dan dia berhak untuk didengari. Marilah kita sama-sama jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya demi dirinya.
Untuk rekod, Ivy merupakan anak hasil perkahwinan Fatin bersama bekas suaminya, aktor Adam Shahz. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.
Fatin kemudian kembali bergelar isteri dengan mendirikan rumah tangga bersama usahawan Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai pada 30 Disember 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jibril.
Selain Ivy dan Jibril, Fatin juga mempunyai seorang anak sulung lelaki iaitu Adam Aisy Arrian.
Sumber: Instagram
The post Fatin Afeefa Syukur Kes Hadanah Selesai, Dapat Hak Jagaan Penuh Ivy – ‘Selepas Tiga Tahun …’ first appeared on OHBULAN!.





