31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Meremang & Insaf’ – Jun Lojong Terkesan Baca Tulisan Banduan Di Dinding Penjara

    Shopee Sale

    Pelakon Jun Lojong mengakui pengalaman menjalani penggambaran di dalam sel akhir Penjara Ayer Molek (Kota Jail), Johor Bahru, meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap emosi dan jiwanya.

    Artikel Berkaitan: ‘Dalam Sel Ada Tulisan Sebenar Banduan’ – Watak ‘Maria Hadi’ Uji Emosi June Lojong Dalam Filem Polong

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Kisah Jika Orang Tidak Kenal Saya’ – June Lojong

    Insaf

    Ketika ditemui , Jun, 48, berkata walaupun tidak takut dengan perkara tahalul, namun kepercayaannya terhadap kewujudan makhluk itu tetap membuatkan dia seram dan meremang ketika memasuki sel tersebut.

    Bila berada dekat dalam penjara tu memang ada rasa meremang. Kami memang masuk betul-betul sel yang terakhir.

    Rasa seram sejuk dan ada rasa sangat-sangat insaf sebab dekat dalam sel tu mereka tak buang banyak perkataan dekat dinding lagi.

    Jun berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan filem Polong di 10 Star Cinema, Hextar World Empire City, pada Rabu.

    Kata Jun yang juga isteri kepada pelakon, Namron berkata suasana di dalam penjara itu memberi kesedaran kepadanya apatah lagi tulisan di dinding merupakan luahan perasaan banduan terdahulu.

    Dekat sana ada yang ‘mock up’ tapi ada beberapa yang mereka pakai, memang tulisan banduan.

    Ada yang tulis macam ‘mak tunggu aku akan balik’, ‘aku tak mahu buat lagi’ dan sebagainya.

    Saya rasa macam insafnya, macam ini agaknya perasaan mereka.

    Mengulas mengenai watak Maria yang dipegangnya, Jun menjelaskan watak tersebut menuntut tahap emosi yang sangat kompleks.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sales’ Khairul Aming Cecah RM42 Juta Pada 2024, Rancang Buka Kilang Ketiga & Keluarkan Produk Baharu

    Pemenang kategori pelakon Wanita Harapan menerusi filem Redha itu mengakui watak itu memerlukan dia bermain dengan ‘lapisan’ lakonan yang tidak boleh ditonjolkan secara terus kepada penonton.

    Berat sangat, ada beberapa layer (lakonan) yang kena simpan tak boleh nak tunjuk 100 peratus kepada penonton.

    Apa yang paling mencabar bagi saya bagaimana mahu menggambarkan perasaan Maria (nama watak Jun) yang dia simpan dalam diri dan tunjukkan pada luaran.

    Luar dia nampak gembira dan sentiasa tersenyum walaupun dia seorang banduan tetapi bahagian dalam ada banyak perasaan bercampur seperti kekesalan, kecelaruan dan banyak lagi.

    Tak boleh nak tunjuk di bahagian dalam sebab ada layer.

    Bercerita lanjut, Jun berkata ada ketikanya dia terbawa-bawa watak itu ketika pulang ke rumah.

    Jelas Jun, dia merasakan seolah-olah diperhatikan oleh sesuatu yang tidak kelihatan.

    Bila dekat rumah kadang-kadang rasa ada benda yang memandang tapi saya cuba untuk tak berfikir sangat.

    Saya cuma rasa itu adalah perasaan saya.

    Sekadar info, filem Polong akan ditayangkan pada 28 Mei ini dibarisi pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, Jun dan Nadiya Nisaa.

    The post ‘Meremang & Insaf’ – Jun Lojong Terkesan Baca Tulisan Banduan Di Dinding Penjara first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah