31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kantoi Ada Simpanan RM30K, Isteri Minta Cerai Sebab Tak Bagi Duit Makan – ‘Keluarga Aku Dengan Mentua Gaduh Sampai Kes Polis’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang lelaki bergelar suami berkongsi kisah setelah setahun mendirikan rumah tangga.

    Kantoi simpan duit RM30k

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi perkongsian di aplikasi X, lelaki yang berusia 28 tahun itu akui sepanjang perkahwinan, dia dan isteri sering bertengkar disebabkan beberapa perkara termasuk melibatkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak.

    Isteri tak boleh ngam dengan mertua, mak dan ayah isteri dan mak ayah saya bergaduh. Pergaduhan (antara besan) tu sampai buat laporan polis.

    Lepas tu, keluarga mentua bawa isteri saya keluar dari rumah kelamin.

    Bukan itu sahaja, masalah kewangan juga antara punca pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai dan meneruskan hidup masing-masing.

    Saya gaji RM2.5k dan isteri RM2k. Bil dan keperluan rumah dan barang dapur guna duit saya dan tak pernah sentuh duit isteri. Tapi isteri marah sebab tak bagi duit belanja makan pergi kerja. Isteri cakap nafkah makan tak complete.

    Suatu hari, saya kantoi sebab ada simpanan RM30k untuk tujuan bina rumah. Isteri marah.

    Disebabkan perkara-perkara itu juga, si isteri kerap meminta cerai daripada suami malah wanita itu pernah membuat permohonan cerai sebanyak dua kali.

    Aku buntu macam mana nak selamatkan rumah tangga. Kalau ikutkan hati nak berbaik dan masih sayang tapi kalau ikut situasi memang susah nak berbaik dah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menasihati lelaki ini agar melepaskan isterinya itu kerana kelak, masalah yang sama akan berulang lebih-lebih lagi apabila ada campur tangan keluarga.

    MENARIK:  All Star Influencers Award Kembali Lagi, Utamakan Pencipta Kandungan Berkualiti – ‘Bukan Sekadar Followers Tapi Engagement & Kreativiti Konten’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah