30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Andre Mikhail Akan Keluar Hospital, Doktor Minta Keluarga Bersedia…’ – Amyza Aznan

    Shopee Sale

    Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan anak sulungnya, Andre Mikhail yang sedang menderita kanser paru-paru akan dikeluarkan dari hospital pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: ‘Sekali Lagi Pada Bulan Ramadan, Anak Saya Adrian Adam Disahkan Menghidap Kanser Tulang’ – Amyza Aznan

    ‘Tolong saya’

    Menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story, Amyza, 51, memberitahu bahawa pihak doktor juga telah memaklumkan kepada keluarganya agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

    Anak saya, Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital hari ini (Isnin). Hanya mengharapkan keajaiban. Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun.

    Doktor minta kami sekeluarga bersedia. Ya Allah, tolong kepada sesiapa yang bijak pandai dan hebat dalam bidang selain hospital, tolong saya.

    Dalam hantaran sebelum ini, Amyza turut memohon doa daripada orang ramai selain mengharapkan keajaiban berlaku buat anaknya.

    Seluruh rakyat Malaysia, tolong doakan anak saya. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu dengan apa sahaja ikhtiar perubatan, saya mohon.

    Sesiapa yang mahir dalam perubatan alternatif walaupun jarak jauh, saya perlukan bantuan sekarang. Tolong saya.

    Terdahulu, sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

    MENARIK:  ‘Terima Kasih Bagi Anak-Anak Pada Saya Untuk Beraya Di Kelantan’ – El Azman

    Ujian yang dilalui Amyza tidak terhenti di situ apabila pada Ramadan tahun ini, dia sekali lagi menerima khabar duka apabila anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Andre Mikhail Akan Keluar Hospital, Doktor Minta Keluarga Bersedia…’ – Amyza Aznan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah