30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raya, cuti sekolah: Lebih 400,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu

    Shopee Sale

    Sebanyak 401,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu sempena Aidiladha dan cuti persekolahan bermula Jumaat ini.

    Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin berkata jumlah tersebut melibatkan kenderaan yang menggunakan jalan persekutuan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

    Katanya jangkaan itu dibuat berdasarkan pemantauan tahunan yang dilakukan polis secara kolaboratif bersama LPT2 berdasarkan data dan rekod tahunan.

    "Jumlah peningkatan aliran trafik ini dijangka berlaku di LPT2 dan jalan-jalan utama di negeri ini.

    "Purata kemasukan trafik harian pula dianggarkan sebanyak 33,000 hingga 34,000 kenderaan sepanjang tempoh tersebut," katanya selepas merasmikan program Transformasi Pelajar Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai di Chukai hari ini.

    MENARIK:  EU kurangkan pembelian minyak dari Rusia ke paras terendah dalam sejarah

    Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu Kamsah @ Kamal Mohamed.

    Mohd Khairi berkata polis Terengganu akan melaksanakan Op Lancar secara menyeluruh di lokasi panas dan kawasan yang dijangka mengalami pertambahan kenderaan dalam tempoh perayaan dan cuti berkenaan.

    "Sebanyak 500 anggota dan pegawai polis dari semua daerah akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh itu," katanya.

    Dalam perkembangan berasingan, Mohd Khairi berkata polis Terengganu merekodkan empat kes buli membabitkan pelajar di negeri itu bagi tempoh Jan hingga Mei tahun ini.

    "Empat kes buli itu melibatkan tiga murid sekolah rendah manakala satu lagi membabitkan pelajar sekolah menengah," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah