32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yeoh lapor polis lepas dituduh tukar status tanah di Cheras

    Shopee Sale

    Dakwaan mengenai pengumuman pertukaran status kediaman di Taman Segar, Cheras daripada pajakan kepada pegangan bebas disifatkan tidak berasas dan fitnah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

    Menurut Yeoh dakwaan itu timbul susulan sidang media berkaitan pewartaan padang untuk kegunaan orang awam di Taman Segar baru-baru ini.

    Namun kata Yeoh, perkara berkenaan tidak pernah diumumkan.

    "Saya langsung tidak terlibat dalam jawatankuasa tanah untuk menukar pegangan pajakan kepada pegangan bebas. Jadi, ini ternyata satu fitnah.

    “Laporan polis telah dibuat, dua laporan polis. Malam tadi kita buat satu, pagi tadi kita buat satu lagi," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Bangladesh sita aset RM174j milik lelaki didakwa ketua sindiket eksploitasi pekerja ke M’sia

    Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu, Zaharah Sulaiman, yang mempersoalkan bagaimana Yeoh didakwanya berjaya menukar status rumah di kawasan berkenaan.

    Yeoh berkata semua pihak yang hadir ketika sidang media di Taman Segar menjadi saksi bahawa isu pertukaran status tanah tidak pernah dibangkitkan.

    Katanya hal itu juga jelas boleh dilihat menerusi rakaman siaran langsung Facebook, kenyataan media dan laporan berita berkaitan sidang media tersebut.

    "Saya minta polis menyiasat dan saya juga akan mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadap fitnah ini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah