32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 Bakal Himpunkan 10,000 Penonton, Rai 10 Tahun AIA Vitality!

    Shopee Sale

    AIA Malaysia bakal menganjurkan sebuah konsert berskala besar sempena ulang tahun ke-10 program AIA Vitality menerusi Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 yang akan berlangsung pada Ahad, 20 September 2026, jam 8.30 malam di Unifi Arena Bukit Jalil.

    Konsert ini dijangka menghimpunkan lebih 10,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai generasi menerusi gabungan persembahan artis tempatan popular seperti Michael Wong 光良, Ernie Zakri, 3P, MimiFly dan K-Town Clan.

    Rai sedekad AIA Vitality

    Penganjuran konsert ini dibuat bersempena sambutan ulang tahun ke-10 AIA Vitality yang selama ini memberi fokus kepada usaha memperkasa rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    Menariknya, konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut membawa mesej perpaduan, kesejahteraan dan hubungan komuniti melalui muzik.

    Menurut Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Chai Tze Siang, pengalaman yang bermakna dan sokongan komuniti memainkan peranan penting dalam membina kehidupan yang lebih berkualiti.

    “Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 menzahirkan falsafah bahawa impak berpanjangan terhasil melalui pengalaman yang bermakna, usaha dan tindakan yang konsisten serta komuniti yang kukuh.”

    Barisan artis pelbagai generasi

    Apa yang menarik perhatian pastinya lineup artis yang menggabungkan pelbagai era dan genre muzik tempatan.

    MENARIK:  ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

    Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah:

    • Michael Wong 光良
    • Ernie Zakri
    • 3P
    • MimiFly
    • K-Town Clan

    Gabungan pop, balada dan hip-hop ini dijangka memberi pengalaman konsert yang lebih segar dan unik buat peminat muzik tempatan.

    Konsert ini juga dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia dengan membawa semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya menerusi muzik.

    Malah, konsep “AIA Generasi Malaysia” turut mengetengahkan idea bahawa kesejahteraan bukan hanya tentang kesihatan fizikal, tetapi juga kegembiraan, hubungan sosial dan pengalaman yang dikongsi bersama.

    Ada peluang menang tiket!

    Sebagai sebahagian daripada kempen ulang tahun ke-10 AIA Vitality, AIA Malaysia akan turut melaksanakan pelbagai inisiatif digital serta kolaborasi bersama rakan media dan radio yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi tiket konsert dan menjadi sebahagian daripada pengalaman ini.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Konsert AIA Generasi Malaysia 2026, sila layari https://www.aia.com.my/aiagenerasimalaysia.

    The post Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 Bakal Himpunkan 10,000 Penonton, Rai 10 Tahun AIA Vitality! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah