30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyelarasan perbelanjaan capai 50 peratus sasaran – Fahmi

    Shopee Sale

    Langkah kerajaan menyelaras perbelanjaan operasi kementerian dan agensi susulan cabaran krisis bekalan global berjaya mencapai kira-kira 50 peratus daripada sasaran penjimatan, setakat ini.

    Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memaklumkan langkah itu menunjukkan hasil positif tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan program kementerian.

    Beliau berkata meskipun kerajaan melaksanakan penyelarasan berkenaan, kebajikan rakyat akan dipastikan terus kekal terpelihara.

    “Keutamaan juga terus diberi kepada pengukuhan perkhidmatan barisan hadapan khususnya dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan,” katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Angkasapuri di Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  PFM: Jangan salahkan Skim Wajib Tayang jika filem tak laku

    “Pendekatan kesederhanaan ini penting dalam memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan berfokus selaras dengan usaha mengutamakan kebajikan rakyat serta keperluan semasa negara,” katanya.

    Pada 29 April lepas, Fahmi mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan terhadap perbelanjaan operasi kementerian dan agensi susulan cabaran berterusan berkaitan krisis bekalan global.

    Fahmi dilaporkan berkata Perdana Menteri turut mengarahkan supaya semua acara rasmi, bengkel serta program berskala besar melibatkan kementerian, agensi, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilaksanakan secara sederhana sebagai langkah berhemat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah