Seorang wanita meluahkan rasa curiga dan bingung selepas menemui beberapa barangan wanita dipercayai disembunyikan di dalam kereta milik suaminya.
Artikel Berkaitan: Wanita Keguguran Jalani ‘Cuci Rahim’, Terkejut Disahkan Positif HIV – ‘Kau Curang, Aku Yang Kena’
Rambut palsu, tumit tinggi?

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut mendakwa dia menemukan beg solekan, rambut palsu serta kasut tumit tinggi ketika memeriksa bonet kereta suaminya.
Korang, apa benda ini? Aku betul-betul keliru kenapa ada beg makeup, kasut tumit tinggi dan rambut palsu dalam bonet kereta suami aku?
Aku selongkar malam tadi waktu dia dah masuk tidur. Semua barang itu disimpan dalam plastik putih macam sengaja nak disorok.
Lebih menimbulkan tanda tanya, wanita itu berkata suaminya seolah menyangka dia tidak akan menyedari kewujudan barangan berkenaan.
Dia ingat dia sepah-sepahkan macam itu, aku tak boleh perasan atau nampak agaknya. Perempuan murahan mana pula kau angkut ini?
Dalam hantaran berasingan, wanita tersebut berkata dia tidak mampu untuk membalas setiap komen netizen dan meminta diberi ruang untuknya menenangkan fikiran.
Maaf saya tak dapat nak balas sorang-sorang. Saya perlukan masa untuk terima semua yang berlaku dan masih belum bincang hal ini dengan suami. Untuk persoalan yang korang tanya, ada masa saya kongsikan.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menasihati wanita berkenaan supaya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada suami sebelum membuat sebarang andaian.
Sumber: Threads
The post Isteri Jumpa Beg Makeup, Rambut Palsu & Kasut Tumit Tinggi Dalam Kereta Suami – ‘Perempuan Murah Mana Kau Angkut?’ first appeared on OHBULAN!.





