
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir ibu bapa yang berperangai kurang baik sehingga menyebabkan sebuah institusi keluarga menjadi toksik.
Family toksik

Aliff, 38, berkata, apa pun layanan yang diberikan oleh ibu bapa sama ada baik mahupun buruk, anak-anak tetap perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.
Namun, diingatkan setiap perkara mempunyai limitasi supaya diri sentiasa terbela.
Sebagai seorang anak tetap kena menjalankan tanggungjawab kepada ibu dan ayah.
Saya percaya ada ibu bapa yang berperangai toksik, suka maki hamun anak, minta duit dekat anak dan sebagainya.
Walaupun ibu bapa perangai sebegitu, sebagai anak harus beri juga duit kepada mereka.
Namun perlu diingatkan, setiap perkara ada limitnya. Jangan bagi semua gaji awak kepada ibu bapa, sebab awak sendiri nak teruskan kehidupan.
Aliff berkongsi perkara itu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok.
Perkongsian Aliff kemudian mendapat respon positif orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan apa diutarakan.





