28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Black Hanifah Mahu Gegarkan Pentas Anugerah, Harap ‘Hijab Rindu’ Dapat Tempat Di AJL40 – ‘Saya Tidak Akan Mengaku Kalah’

    Shopee Sale

    Penyanyi Black Hanifah menyatakan hasratnya untuk kembali berentap dengan sengit di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-40.

    Artikel Berkaitan: Black Hanifah ‘Hadiahkan’ Konsert Ekslusif ‘Nyawa’ Khas Buat 600 Peminat Sempena 17 Tahun Dalam Industri

    Black Rindu AJL

    Ketika ditemui Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah mengakui merindui momen untuk beraksi di pentas berprestij itu.

    Kalau boleh, saya memang mahu kembali ke AJL. Saya rindu suasana bekerja keras pagi, petang dan malam. Tekanan itu saya rindu.

    Sudah lama saya berada dalam keadaan lebih santai, jadi saya mahu merasai semula adrenalin itu.

    Menurut Black, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu Hijab Rindu agar ia dapat mara ke acara akhir iaitu AJL40 kelak.

    Kalau ikutkan orang terdekat, mereka memang berharap lagu ini ke pentas akhir. Saya pula hanya cuba memberikan yang terbaik selepas lama tidak membuat persembahan secara langsung di televisyen (TV). 

    Persembahan di pentas seperti ini berbeza kerana penonton datang dengan harapan yang tinggi. Ia memberi tekanan, tetapi saya rasa saya dapat menyampaikan dengan baik pada AJL40 SA malam tadi.

    Dalam masa sama, Black juga menyatakan impiannya untuk melihat lagu ciptaan Rudy Nastia dan Adi Pawana itu memperoleh trofi pada malam anugerah berkenaan.

    Saya berdoa agar lagu ini ada tempat, walaupun bukan dalam tiga terbaik. Mungkin dalam kategori Persembahan Terbaik atau Vokal Terbaik.

    Itu sasaran awal saya. Selebihnya terpulang kepada penilaian juri. Saya percaya ia tidak mustahil jika saya berdisiplin dan menjaga rutin dengan baik.

    Kalau ada rezeki ke pentas akhir, saya akan pastikan memberikan tentangan yang hebat.

    Black berkata demikian ketika ditemui pada sidang media hari pertama AJL40 SA di Studio TV3, Glenmarie Shah Alam pada Jumaat.

    MENARIK:  Isyariana Baru Tiga Hari Bertudung, Tak Berani Janji Kekal Imej Baharu – ‘Saya Pakai Lepas Pulang Umrah, Rasa Selamat’

    Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 38 tahun itu tidak menafikan persaingan hebat daripada calon-calon lain terutama dari segi vokal. 

    Sekarang kita ada ramai penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal antaranya Aina Abdul dan Ernie Zakri.

    Persaingan memang lebih sengit dengan teknik nyanyian mereka yang lebih maju. Dulu mungkin hanya seorang dua yang mampu mencapai nota tinggi, tetapi sekarang ramai yang boleh melakukannya.

    Namun, saya anggap ini sebagai cabaran. Saya tidak akan mengaku kalah. Saya akan buat yang terbaik, mungkin akan mula mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik, lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat.

    Untuk info, hari pertama AJL40 SA saingan menyaksikan barisan lagu popular seperti Rasa & Takdir (Amira Othman & Irfan Haris), Hijab Rindu (Black Hanifah), Pernah Punya Aku (Shila Amzah), Hilangmu Tak Terganti (Afieq Shazwan & Tajul), Kemana Ni (Acap Salam, Luca Sikta, KMY KMO), Tiwikarma, (KOI), Puaskah (Mariam Saim & Ameerais), Kamu (Aina Abdul), Semacam Pandora (Hazama), Kerana Ego (Tuah Adzmi) dan Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan).

    Saingan bakal diteruskan pada malam kedua dengan barisan lagu lain termasuk Nurcinta (Amir Masdi), Menyala (Stacy), Lemah (Dayang Nurfaizah), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Nostalgila (Haqiem Rusli), Lumangad Oku Dika (Reynald Guntabid),  Tak Adil (Aisah Retno) dan Cak Cak Cekuk (Wanie Kayrie) sebelum keputusan lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan.

    Saksikan AJL40 Separuh Akhir secara langsung di TV3 atau strim di Tonton.

    The post Black Hanifah Mahu Gegarkan Pentas Anugerah, Harap ‘Hijab Rindu’ Dapat Tempat Di AJL40 – ‘Saya Tidak Akan Mengaku Kalah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah