27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40 SA: Tuah Adzmi ‘Gigil’ Badan Nak Ganti Khai Bahar – ‘Peminat Dia Ramai, Risau Jika Hampakan Mereka’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Tuah Adzmi mengakui berasa sangat gementar apabila menerima tawaran untuk menggantikan penyanyi Khai Bahar menyampaikan lagu Kerana Ego di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40 SA).

    Artikel Berkaitan: AJL40 SA: Ada Masalah Teknikal, Aina Abdul Kurang Puas Hati Dengan Persembahan – ‘Jika Masuk Final Saya Akan Tebus Semula’

    24 jam berfikir

    Tuah, 28, berkata dia mengambil sedikit masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan dan bersetuju menggalas tanggungjawab menggantikan posisi Khai.

    Mula-mula saya terima mesej dimaklumkan untuk menggantikan Khai, memang satu badan menggigil. Saya ambil masa untuk berfikir sama ada patut atau tidak terima kerana ia bukan perkara kecil.

    Saya diberi tempoh 24 jam untuk buat keputusan. Saya memang rasa takut dan gementar. Saya juga minta pandangan orang sekeliling dan mereka semua beri sokongan untuk saya cuba. Jadi akhirnya saya setuju.

    Tuah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media hari pertama AJL40 SA yang berlangsung di Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam, pada Jumaat.

    Berkongsi lanjut, Tuah mengakui cabaran terbesar adalah menyesuaikan diri dengan lagu tersebut dan timbul kerisauan terhadap penerimaan peminat Khai.

    Dari segi tekanan, memang sangat terasa sebab lagu ini bukan genre yang saya selalu bawakan. Jadi dalam tempoh dua minggu, saya benar-benar fokus untuk memahami dan mendalami lagu itu.

    Saya cuba beri jiwa saya sendiri dalam persembahan walaupun sedar lagu ini cukup sinonim dengan Khai.

    Khai memang dikenali dengan vokal yang sangat kuat dan peminat dia ramai. Jadi sudah tentu saya risau kalau tidak dapat memenuhi jangkaan mereka atau hampakan mereka.

    Tapi saya cuba positif dan anggap ini sebagai peluang untuk belajar dan mencabar diri.

    Dalam pada itu, Tuah berkata dia sudah memberikan yang terbaik sepanjang persembahan dan terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan.

    Saya sudah buat sehabis baik dan semampu mungkin. Harap penonton termasuk peminat Khai dapat menerima persembahan saya dengan hati terbuka.

    Kalau ada yang membandingkan, saya terima sahaja. Memang jelas suara saya dan Khai sangat berbeza.

    Dia sudah berpengalaman luas di pentas AJL, manakala saya ini baru pertama kali. Saya masih belajar dan akan terus perbaiki diri jika ada kekurangan.

    The post AJL40 SA: Tuah Adzmi ‘Gigil’ Badan Nak Ganti Khai Bahar – ‘Peminat Dia Ramai, Risau Jika Hampakan Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Latihan Pestapora Malaysia 2025 Disambut Meriah, Kehadiran Sheila On 7 Buat Peminat Tenggelam Dalam Kenangan!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah