Seorang wanita tergamak menyiram air panas mendidih ke atas suaminya sendiri yang sedang sakit stroke dalam satu kejadian di Kecamatan Teluk Meranti, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Anak 5 Tahun, Ketawa Saat Disoal Siasat
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Ditahan, Disyaki Bunuh Adik Kandung
Siram suami strok dengan air panas

Mangsa yang dikenali sebagai A Talip, 60, mengalami kecederaan serius akibat melecur hampir di seluruh badan sebelum disahkan meninggal dunia selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital.
Menurut pihak berkuasa, suspek yang juga isteri mangsa, ZA, 59, kini telah ditahan oleh Unit IV Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA), Satuan Reserse Kriminal (Satreskrim) Polres Pelalawan bagi membantu siasatan.
Ketua Siasatan Jenayah Polres Pelalawan, AKP Bayu Ramadhan Effendi berkata, motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam yang telah lama terpendam.
Suspek mengaku berasa sakit hati kerana sering dimarahi oleh mangsa sebelum ini.
Kejadian tragis itu terbongkar selepas adik mangsa, Riduan, 48, menyedari abangnya hilang dari rumah pada 29 Mac lalu. Bimbang dengan keadaan mangsa yang sedang uzur akibat stroke, keluarga segera menjalankan pencarian.
Mangsa akhirnya ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya, dalam keadaan menyayat hati dengan kesan melecur pada bahagian wajah, tangan, badan dan kaki. Difahamkan, mangsa juga tidak mampu bercakap akibat kecederaan parah yang dialami.
Mangsa kemudian dikejarkan ke RSUD Selasih Pangkalan Kerinci untuk rawatan lanjut dan sempat menjalani dua pembedahan. Namun, keadaannya semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 11 April lalu.
Difahamkan, sehari sebelum kematian mangsa, pihak polis telah menahan suspek selepas menjalankan siasatan termasuk pemeriksaan tempat kejadian, keterangan saksi serta laporan perubatan.
Siasatan mendapati suspek menggunakan air panas mendidih dari dalam cerek sebelum menyiramnya ke tubuh mangsa sehingga menyebabkan kecederaan serius.
Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
Sumber: Pekan Baru Tribunnews
The post Isteri Tergamak Siram Air Panas Pada Suami Strok Hingga Maut – ‘Sakit Hati Sebab Selalu Kena Marah’ first appeared on OHBULAN!.





