27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran belum bersetuju sertai pusingan rundingan seterusnya dengan AS – Laporan

    Shopee Sale

    Tehran masih belum bersetuju untuk menyertai pusingan rundingan seterusnya dengan Washington, lapor agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim pada Sabtu yang memetik "pihak berkuasa berkaitan", menurut Anadolu Ajansi (AA).

    "Iran sehingga ke saat ini, belum bersetuju dengan pusingan rundingan seterusnya" berikutan sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran serta "tuntutan melampau Washington dalam rundingan itu," lapor agensi itu.

    "Ketiadaan tuntutan melampau daripada AS adalah syarat utama untuk meneruskan rundingan," dakwa laporan itu, sambil menambah bahawa mesej berkenaan telah disampaikan kepada AS melalui peranantara Pakistan.

    Memetik sumber Iran, CNN pada Jumaat melaporkan bahawa pegawai Iran dan Amerika dijangka tiba di ibu negara Pakistan, Islamabad, pada Ahad untuk mengadakan pusingan kedua rundingan pada Isnin.

    MENARIK:  Kes bunuh peniaga wanita: Polis tahan pekerja pajak gadai, bantu siasatan

    Washington dan Tehran telah mengadakan rundingan di Pakistan pada hujung minggu lepas, namun gagal mencapai sebarang kesepakatan.

    Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran, dan Tehran bertindak balas dengan serangan ke atas Israel serta negara serantau lain yang menempatkan aset-aset AS.

    Peperanangan berkenaan telah ditangguhkan sejak 8 April lepas, selepas Pakistan menjadi peranantara bagi gencatan senjata selama dua minggu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah