27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi: Sama ada BN atau PN tidak penting bagi KJ

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata sama ada BN atau PN tidak penting bagi ahli politik seperti Khairy Jamaluddin.

    Katanya, apa yang penting bagi bekas ketua pemuda Umno itu adalah mencari platform untuk mempromosikan dirinya.

    Ahli parlimen Pandan itu mengulas kemasukan semula Khairy ke dalam Umno, dengan menyifatkan langkah itu didorong oleh pertimbangan untuk menyertai pilihan raya.

    “Bagi beliau (Khairy), sama ada PN atau BN tidak penting, asalkan ada pihak yang sanggup mengangkat dan mempromosikannya. Jika ada peluang untuk menang, di situlah beliau akan pergi.

    “Jadi pada pandangan saya, beliau mempunyai dua syarat: pertama, peluang untuk menang dan memperoleh kuasa; kedua, adanya pihak yang sanggup menaikkan dan mempromosikannya,” katanya dalam episod terbaru podcast Yang Berhenti Menteri.

    Semalam Umno secara rasmi mengumumkan menerima semula 6,252 bekas pimpinan dan ahli yang sebelum ini pernah dipecat, digantung atau keluar daripada parti secara sukarela.

    Keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

    MENARIK:  Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo

    Khairy antara nama besar yang diterima kembali menyertai parti itu selain Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dan Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

    Dalam satu hantaran di Facebook, Khairy mengucapkan terima kasih kepada Majlis Tertinggi Umno kerana menerima permohonannya untuk kembali menyertai parti itu selepas empat tahun, sambil menyatakan dia sedar akan tanggungjawab yang akan dipikul.

    “Tempoh saya di luar parti memberi ruang untuk muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan peribadi.

    “Saya kembali bukan dengan sebarang tuntutan, tetapi dengan tekad untuk berkhidmat dan menyumbang sebaik mungkin demi memperkukuh Umno,” katanya, sambil menambah dia bersedia bekerjasama dengan semua peringkat kepimpinan dan akar umbi.

    Terdahulu, Khairy turut berkongsi di Instagram kehadirannya ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran PAS Sungai Buloh bersama beberapa pemimpin Umno, yang dihoskan oleh Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhamad, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hamim Tamuri.

    Turut hadir ialah Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah