Pasangan selebriti, Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi mencuri perhatian apabila hantaran terbaharu di platform Threads mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana ‘Uninstall’ Aplikasi Threads, Jaga Kesihatan Mental – ‘Saya Akan Berehat Seketika’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Suruh Cuba Jual Tudung Agar Terbuka Hati Pakai Kekal’ – Mimi Lana Dedah Hasrat Syafiq Kyle
Mimi Lana mengandung?

Menerusi perkongsian tersebut, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, memuat naik beberapa foto memperlihatkan dirinya bersama suami menghadiri sebuah acara jenama mewah antarabangsa, Hermès.
Kedua-duanya tampil segak dan elegan dalam persalinan bertemakan koleksi musim panas. Namun apa yang menyorot perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis oleh Mimi.
Mum & dad at Hermes The Summer 2026 Men’s Collection
Penggunaan gelaran ‘Mum & Dad’ itu mencetuskan spekulasi ramai yang tertanya-tanya sama ada ia sekadar gurauan atau satu ‘hint’ bahawa pelakon filem The Experts ini kini sedang berbadan dua.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian sendiri, malah tidak kurang yang sudah pun mendoakan berita gembira buat pasangan ini.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Mimi mahupun Syafiq berhubung perkara tersebut.
Untuk rekod, Mimi dan Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, disatukan pada 14 Februari 2025 di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.
Netizen komen

Sumber: Threads Mimi Lana
The post Netizen Syak Mimi Lana Beri ‘Hint’ Hamil? Kapsyen ‘Mum & Dad’ Cetus Spekulasi first appeared on OHBULAN!.





