25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umai Ganti Amira Othman Di Pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir 

    Shopee Sale

    Penyanyi remaja Umai membuat kejutan apabila tampil menggantikan penyanyi asal lagu Rasa & Takdir, Amira Othman di pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA).

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Rezeki Layak Masuk AJL40, Saya Idam Trofi Vokal Terbaik’ – Marsha Milan

    Artikel Berkaitan: SFMM40: Shiha Zikir Reda ‘Renjana’ Gagal Lolos – ‘Harapan Tinggi Sebab Lagu Itu Untuk Arwah Abah’

    Umai ganti Amira 

    Umai atau nama lengkapnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 14, kelihatan manis menggayakan busana berwarna merah hati semasa menyampaikan lagu tersebut.

    Bukan itu sahaja, keharmonian vokal di antara Umai dan Irfan Haris ternyata berjaya memukau hati para penonton.

    Bagaimanapun, ketidakhadiran isteri kepada pelakon Fattah Amin itu di program tersebut menjadi tanda tanya.

    MENARIK:  [VIDEO] Norreen Iman Gigih Ke ‘Gym’ Untuk Kurus – ‘Saya Nak Muscles Baby’

    Selain Umai, malam pertama AJL40 SA juga menyaksikan Tuah Adzmi tampil menggantikan Khai Bahar menerusi lagu Kerana Ego. 

    Hari pertama AJL40 SA turut menyaksikan persembahan daripada Hijab Rindu (Black), Pernah Punya Aku (Shila Amzah), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha), Tiwikarma (K.O.I), Puaskah (Ameerais & Mariam Sam) dan Semacam Pandora (Hazama). 

    Turut bersaing adalah lagu, Hilangmu Tak Terganti (Tajul & Afieq Shazwan), Kamu (Aina Abdul), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salam Musik) dan F (Floor 88).

    AJL40 SA bersiaran secara langsung selama dua hari berturut-turut bermula 17 April dan 18 April 2026 di TV3 dan Tonton.

    The post Umai Ganti Amira Othman Di Pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah