27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Zarina Syak Barang Hilang Lepas ‘Open House’, Serba Salah Tanya Pembantu Rumah – ‘Tak Sanggup Dengar Jawapan Tak Jujur’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Sharifah Zarina baru-baru ini berkongsi pengalaman kurang menyenangkan membabitkan pembantu rumah sambilan yang diupahnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia’ – Sharifah Zarina Enggan Dedah Identiti Suami Orang Ganggu Athalia

    Artikel Berkaitan: Athalia Enggan Bocorkan Nama Suami Selebriti Didakwa Menggatal – ‘Saya Rapat Dengan Keluarganya’

    Barang rumah hilang

    Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Zarina menceritakan insiden di mana dia menyedari salah satu peralatan dapur miliknya telah hilang selepas majlis tersebut berakhir.

    Hari itu buat rumah terbuka di rumah. Saya upah dua pembantu untuk tolong mereka memang yang selalu datang cuci rumah. 

    Dah esoknya saya baru perasan ada satu barang kaca yang guna untuk hidang makanan tidak ada. Dah cari semua tempat tidak ada juga. 

    Ujar pelantun lagu Langit Ke-7 ini, isu utamanya bukanlah kehilangan barang tersebut semata-mata, tetapi rasa tidak sanggup untuk berhadapan dengan jawapan yang tidak jujur sekiranya perkara itu benar-benar disembunyikan.

    Saya syak benda itu pecah sebab bekas sudu sahaja itu. Takkan mereka hendak ambilkan! 

    Tapi sampai sekarang masih memikirkan macam mana hendak tanya sebab sah-sah mereka akan beritahu ‘tak tahu’ kan.

    Dalam masa sama, Zarina turut mengakui dia sebenarnya berpuas hati dengan hasil kerja pembantu tersebut yang disifatkan cekap dan bersih.

    MENARIK:  Syifa Melvin Tak Berdiam Diri Anak Dihina, Buat Laporan Polis & Akan Ke MCMC

    Namun begitu, insiden berkenaan sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan yang telah dibina sebelum ini.

    Saya suka mereka ini cuci rumah cekap dan bersih.

    Sekarang hati sudah macam tidak seronok hendak upah mereka lagi. Bukan sebab benda itu tahu tapi sebab tidak sanggup dengar jawapan yang tidak jujur. 

    Mesti selepas itu hati jadi rasa sangsi sudah hendak bagi mereka cuci rumah. Sebab benda kecil pun mereka boleh hendak sorok.

    Sumber: Threads Sharifah Zarina

    The post Sharifah Zarina Syak Barang Hilang Lepas ‘Open House’, Serba Salah Tanya Pembantu Rumah – ‘Tak Sanggup Dengar Jawapan Tak Jujur’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah