32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPDN Selangor gagalkan cubaan seleweng diesel bersubsidi

    Shopee Sale

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menggagalkan cubaan menyeleweng kira-kira 3,400 liter diesel bersubsidi dalam rondaan di sekitar Pandamaran, Klang, awal pagi tadi.

    Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor Mohd Hanizam Kechek berkata kejayaan itu hasil pemantauan berterusan melibatkan tujuh Pejabat KPDN di negeri tersebut bagi memastikan pengagihan bahan api bersubsidi dilaksanakan secara telus, teratur serta sampai kepada golongan sasar.

    “Kira-kira jam 1 pagi, anggota rondaan mengesan sebuah lori jenis bonded berhenti di sekitar Pandamaran sebelum pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu dijalankan.

    “Hasil pemeriksaan menemukan enam unit intermediate bulk container (IBC) berkapasiti 1,000 liter setiap satu yang mengandungi bahan api disyaki diesel, manakala badan lori diubah suai dengan hos penyambung serta pam bermeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Khemah Deepavali roboh - Kan Saravanan dah cakap

    Menurut Mohd Hanizam, pemandu lori terbabit cuba melarikan diri namun berjaya dihalang anggota penguat kuasa.

    Katanya siasatan awal dan berdasarkan resit yang ditemui, KPDN Selangor mendapati pemandu itu dipercayai membuat pengisian diesel di beberapa stesen minyak berhampiran.

    “Anggaran jumlah diesel yang berjaya diselamatkan dan disyaki untuk diseleweng ialah kira-kira 3,400 liter dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM100,000.

    “Tindakan ini turut berjaya mengelakkan ketirisan subsidi negara dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya.

    Menurut Mohd Hanizam, pemandu lelaki berumur lingkungan 30-an itu juga gagal mengemukakan dokumen sah memiliki dan membawa bahan api berjadual.

    Dia kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah