26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Babak Rosyam Nor Ketap Bibir Jadi Fenomena Luar Biasa, Cecah 1.3 Billion Ciapan Di Media Sosial

    Shopee Sale

    Tahniah diucapkan kepada Datuk Rosyam Nor yang mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Selebriti Viral Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).

    Artikel Berkaitan: Jari Cucu Terkena Air Panas, Rosyam Nor Dakwa Kecuaian Rawatan Sebabkan Kecacatan

    Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kongsi Realiti Kes Sosial, Kesal Ramai Jijik Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Masih Nak Simpan Bawah Karpet?’

    Impak luar biasa

    View this post on Instagram

    A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

    Kemenangan ini bukan sahaja mengejutkan dirinya sendiri, malah turut diraikan dengan sorakan gemuruh daripada para penonton.

    Kategori ini merupakan kategori khas yang diberikan kepada individu yang mencetuskan impak luar biasa di media sosial dan tahun ini, tiada siapa yang lebih layak selain Rosyam.

    Segalanya bermula dari satu babak dramatik dalam drama sensasi Keluarga Itu yang menampilkan Rosyam sebagai suami yang berkonflik.

    Namun, momen paling tular ialah ketika beliau ketap bibir sendiri yang menggemaskan. Adegan itu mencetuskan ledakan reaksi di TikTok, dari parodi hinggalah ke video reaksi, sekali gus menjadikan ia antara klip paling dibualkan tahun ini.

    MENARIK:  Pelakon Dakwa Kemalu*n Dihis*p Jurusolek Ketika Urutan Di Bahagian Paha

    Ciapan tinggi

    Rosyam turut menyentuh tentang impak luar biasa babak viral tersebut yang mencetuskan gelombang perbualan di media sosial sehingga mencecah 1.3 bilion ciapan.

    Pencapaian ini menjadi bukti bagaimana satu momen lakonan yang ringkas tetapi penuh penghayatan mampu merentas skrin dan menjelma sebagai fenomena digital yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai figura legenda yang tetap relevan.

    Anugerah ini menjadi satu lagi bukti bahawa Rosyam bukan sahaja legenda dalam dunia lakonan, tetapi juga seorang figura yang sentiasa mampu menyesuaikan diri dengan arus dan cita rasa semasa.

    Dari kaca TV ke skrin telefon, pengaruhnya kekal relevan, malah kini, lebih dekat dengan generasi digital yang sentiasa mencari kisah yang menyentuh emosi dan mencetus perbualan.

    The post Babak Rosyam Nor Ketap Bibir Jadi Fenomena Luar Biasa, Cecah 1.3 Billion Ciapan Di Media Sosial first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah