Isu membabitkan keluarga kembali mencuri perhatian apabila usahawan dan pempengaruh, Kak KM memilih untuk tidak mengundang kakaknya, Kak Nona ke majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkannya.
Artikel Berkaitan: Kak KM Sekeluarga Bercuti Di Krabi, Netizen Tak Nak Cakap Fasal Pakaian Tapi Puji ‘Bonding’ Bersama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Nafi Buka Pekung Kisah Rumah Tangga Kak Nona – ‘Kenapa Saya Dipersalahkan’
Kak KM tak jemput Kak Nona

Ketika ditemui , Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menjelaskan, keputusan itu dibuat susulan satu perkara serius melibatkan anak saudaranya yang kini sudah pun berada dalam perhatian pihak berkuasa.
Bagaimanapun, Kak KM, 45, enggan mengulas lanjut mengenai kes terbabit kerana menghormati ahli keluarga lain.
Saya tak jemput, jangan tanya kenapa. Saya tak boleh nak cerita, cukup sekadar kalian tahu saya tak jemput dia.
Hubungan dah baik tapi bila timbul isu berkaitan anak, saya tidak menyokong tindakannya dan memang tak mahu jumpa dia.
Saya juga tak mahu mengulas lebih lanjut kerana perkara ini telah jadi kes polis dan melibatkan hal keluarga mereka.
Kak KM berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbukanya yang diadakan di Kuala Lumpur, pada malam Jumaat.
‘Itu jenayah..’

Dalam masa sama, Kak KM mengakui hatinya tersentuh apabila anak saudaranya sendiri tampil berkongsi sesuatu perkara yang dianggap sukar untuk direka.
Sebenarnya semuanya bermula apabila anaknya datang berjumpa saya dan mengadu. Saya jadi geram kerana menganggap mereka seperti anak sendiri.
Memang saya ambil berat tentang mereka. Pada saya, tidak mungkin anak-anak itu menipu, mereka bukan jenis yang bersosial.
Jadi untuk tiba-tiba mereka-reka cerita, bagi saya itu sangat tidak munasabah.
Selain itu, Kak KM menegaskan bahawa cara pemakaian seseorang tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan perkara yang melanggar undang-undang. Tegasnya, jenayah tetap salah dan perlu dibawa ke muka pengadilan.
Apa yang saya boleh cakap, tak kiralah anak buah ke anak sendiri, kalau mereka pakai skirt pendek ke atau terdedah itu bukan alasan untuk buat sesuatu dekat anak itu.
Itu jenayah, bukan tiket untuk sesiapa buat apa-apa. Benda tu memang salah.
Terdahulu, hubungan kedua-dua beradik itu pernah menjadi bualan ramai apabila didakwa berdepan konflik berkaitan urusan perniagaan sehingga dilihat semakin menjauh.
Pada Februari lalu, Kak Nona turut menyatakan hasrat untuk memperbaiki hubungan dengan adik-beradiknya selepas kemelut yang berlaku.
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Jemput Kak Nona, Tak Sokong Tindakan Dia’ – Kak KM first appeared on OHBULAN!.





