Sebanyak 10 buah lagu berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40, sekali gus membuktikan saingan sengit dalam industri muzik tanah air tahun ini.
Senarai 10 lagu ke AJL40

Lagi pertama yang layak ke AJL40 ialah Lumangad Oku Dika menyaksikan Ryenald Guntabid bertindak sebagai penyanyi merangkap komposer.
Seterusnya penyanyi Aina Abdul yang membawakan lagu Kamu dan merupakan ciptaan penuh oleh Aina Abdul.
Kemudian lagu ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy & Iqie Hugh iaitu Cak Cak Cekuk dinyanyikan oleh Wani Kayrie turut melayakkan diri ke pentas AJL40.
Turut layak ke pentas berprestij Tak Adil dibawakan oleh Aisha Retno yang turut menggubahnya bersama Radi.
Lagu Tiwikarma dipersembahkan oleh kumpulan K.O.I dengan sentuhan komposer Zai Hamzah & Hemo Globin bakal bersaing di pentas akhir AJL40.
Turut membolosi saingan ialah lagu Ke Mana Ni dipersembahkan oleh trio Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik dengan sentuhan komposer Kmy Kmo & Luca Sickta.
Lagu Nurcinta dinyanyikan oleh Amir Masdi hasil karya beliau sendiri bersama Edry Abd. Halim.
Turut bersaing, penyanyi berbakat besar, Dayang Nurfaizah melayakkan diri ke pentas akhir dengan Lagu Lemah ciptaan Hael Husaini.
Tangisan Seorang Pendosa juga menyaksikan Marsha Milan bertindak sebagai penyanyi merangkap komposer.
Akhir sekali lagu Semacam Pandora dinyanyikan oleh Hazama yang turut menggubahnya bersama Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia.
Pengumuman itu dibuat di pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) hari kedua yang bersiaran secara langsung di Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu), jam 9.00 malam di TV3 serta strim secara eksklusif di Tonton.
Juri profesional yang mengadili separuh akhir kali ini diketuai oleh Dato Acis dengan LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis.
Untuk info, hari kedua AJL40 SA saingan menyaksikan barisan lagu popular seperti Nurcinta (Amir Masdi), Menyala (Stacy), Lemah (Dayang Nurfaizah), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Nostalgila (Haqiem Rusli), Lumangad Oku Dika (Reynald Guntabid), Tak Adil (Aisah Retno) dan Cak Cak Cekuk (Wanie Kayrie)
Pada hari pertama, barisan lagu yang bertanding seperti
Rasa & Takdir (Amira Othman & Irfan Haris), Hijab Rindu (Black Hanifah), Pernah Punya Aku (Shila Amzah), Hilangmu Tak Terganti (Afieq Shazwan & Tajul), Kemana Ni (Acap Salam, Luca Sikta, KMY KMO), Tiwikarma, (KOI), Puaskah (Mariam Saim & Ameerais), Kamu (Aina Abdul), Semacam Pandora (Hazama), Kerana Ego (Tuah Adzmi) dan Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan).
Saksikan AJL40 Separuh Akhir secara langsung di TV3 atau strim di Tonton.
The post Wani Kayrie, Ryenald Guntabid & KOI Antara 10 Lagu Mara Ke AJL40 first appeared on OHBULAN!.





