35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Aku Tak Nak Kahwin Dengan Lelaki Yang Hanya Tahu Merosakkan Perempuan’ – Nonny Nadirah

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah tampil meluahkan isi hatinya yang mahukan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan boleh menerimanya dengan ikhlas kerana Allah.

    Boleh bimbing ke jalan Tuhan

    Di Instagram, Nonny berkata, dia ingin mencari jodoh yang boleh membimbingnya ke jalan yang diredhai Ilahi.

    Aku tak nak kahwin dengan lelaki yang hanya tahu merosakkan perempuan. Aku nak seseorang yang dikirim Tuhan, boleh bimbing dan pimpin aku je jalan Tuhan. Kalau keikhlasan hati kau tak diterima Allah, hentikanlah.

    Tambah Nonny, dia reda seandainya tidak dipertemukan jodoh yang baik di dunia dan menyifatkan perkahwinan itu bukan satu paksaan.

    Tak dapat jodoh kat dunia, aku dah reda. Kahwin bukan satu urusan yang boleh dipaksa. Cukup, jangan paksa aku.

    Di samping itu, pelakon drama ‘Melankolia’ ini memberitahu dia tidak inginkan kekayaan sebaliknya mahu memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas daripada sihir.

    Aku tak nak rumah banglo, tak nak lamborghini. Sihir hari-hari, ruqyah diri sendiri. Aku nak sihat, nak happy, nak tauhid, aku nak husnul Khatimah!

    Matinya aku disebabkan perbuatan mereka, aku serahkan semuanya kerana Allah. Yang aku sedar dekat empat tahun, yang aku tak tahu? Mungkin lebih daripada itu. Aku lawan seorang diri, Allah Maha Kuasa ata segala sesuatu.

    Terdahulu, Nonny mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video memperlihatkan dirinya seakan sedang berkemban.

    MENARIK:  ‘Saya Berhasrat Untuk Nikahi Engku Sulwani’ – Kael Sedia Tukar Agama, Sedang Pelajari Islam

    Bukan itu sahaja, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak dan bermain buih sabun ketika sedang syampu rambut di dalam bilik mandi .

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah