34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Kata Hati Papar Kisah Cinta Selebriti & Pemandu E-Hailing, Gabung Elemen Emosi Serta Gelak Tawa

    Shopee Sale

    Gabungan elemen cinta, humor dan realiti kehidupan moden di dalam filem terbaharu Kata Hati, pastinya akan menambah seri dalam industri perfileman di negara ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Pegang Dua Peranan Dalam Filem Khawarij, Netizen Puji Kredibiliti – ‘Sendiri Berlakon Sendiri Cut, Power’

    Artikel Berkaitan: ‘Pastikan Kemenangan Itu Diberikan Kepada Filem Ada Kualiti’ – Sharnaaz Ahmad

    Filem santai & menghiburkan

    Kata Hati adalah sebuah filem santai dan menghiburkan tetapi plot penceritaannya berkembang menjadi sebuah kisah yang lebih mendalam berkisarkan cinta dan kehidupan.

    Menurut penerbit, Muhammad Bahir, Kata Hati juga turut memaparkan realiti sebenar kehidupan seorang selebriti.

    Idea menghasilkan Kata Hati muncul apabila sepanjang bekerja dalam industri ini, kami berpeluang bertemu ramai selebriti dan tertarik melihat perbezaan antara persona yang mereka tunjuk di depan kamera dengan kehidupan sebenar di sebalik lensa.

    Jadi kami mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah kisah di sebalik dunia glamor seorang selebriti itu dan disulami dengan sebuah jalan cerita yang mampu menghiburkan penonton.

    Filem terbitan Wayangworks Sdn. Bhd. dan Filmscape Sdn Bhd. ini diarahkan oleh Nadiah Hamzah berkisarkan tentang kisah percintaan yang terjalin di antara pelakon wanita popular dengan pemandu e-hailing.

    Teraju utama bagi filem ini dibarisi dengan bintang-bintang meningkat naik. Antaranya, Nia Atasha, Yusof Hashim dan Fazziq Muqris, serta turut bergandingan dengan nama-nama yang cukup popular iaitu Scha Alyahya, Taqim Zaki dan Norreen Iman.

    MENARIK:  ‘Ramainya Orang Datang Solat Untuk Kau Am, Hujan Pun Iring Jenazah’ – Aufahanie

    Penampilan cameo istimewa seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Nina Kho dan Shweta Sekhon pastinya mewarnakan lagi karya ini.

    Berkenaan dengan pemilihan pelakon pula, Nia, Yusof dan Fazziq dipilih menerusi sesi casting dan tidak dinafikan mereka antara pendatang baharu dalam dunia layar lebar.

    Namun begitu, apa yang paling mengejutkan buat saya adalah kesungguhan mereka untuk memberikan sebuah lakonan yang mantap dan komitmen ketiga- tiganya memang wajar dipuji.

    Apa yang boleh saya katakan, ia bakal menyentuh emosi melalui tangisan dan gelak ketawa dan mengingatkan kita semua tentang kemanisan bercinta.

    Sementara itu, Juliana Foo selaku penerbit eksekutif pula menyatakan filem tersebut sesuai untuk dihasilkan memandangkan penonton sudah terlalu banyak dihiburkan dengan naskhah yang bercorak aksi dan seram.

    Jelasnya, genre sedemikian juga sudah lama tidak diketengahkan di negara ini, sedangkan masih ada ramai dalam kalangan penonton yang merindui cerita cinta yang ringan dan menghiburkan.

    Ternyata Kata Hati hadir sebagai sebuah filem ‘modern fairy tale’ dengan elemen ‘high-stakes romance’ serta memberikan momen yang indah dan tersendiri buat mereka yang menontonnya nanti di pawagam.

    Untuk info, filem Kata Hati akan mula menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 4 Jun 2026.

    The post Filem Kata Hati Papar Kisah Cinta Selebriti & Pemandu E-Hailing, Gabung Elemen Emosi Serta Gelak Tawa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah