Penyanyi dan pelakon, Kael mendedahkan dirinya kini sedang mendalami ajaran Islam sebagai persiapan sebelum memeluk agama itu dan menikahi kekasihnya, Engku Sulwani.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kael Usung Emosi & Ketulusan Cinta Menerusi ‘Angkasa’
‘Saya betul-betul nak belajar tentang Islam’

Ketika ditemui , Kael atau nama lengkapnya Michael Lean Chien Er Er berkata perhubungan mereka yang telah terjalin sejak setahun itu berjalan dengan baik meskipun terdapat perbezaan dari segi agama.
Saya dan Engku Sulwani dah berkenalan selama setahun, Kami dalam fasa mengambil masa untuk mengenali dengan lebih rapat.’
Walaupun ada perbezaan dari segi kehidupan, agama dan bangsa disebabkan itulah kami masih belajar.’
Kael berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Angkasa yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ditanya sama ada bercadang untuk memeluk Islam, pelantun lagu Angkasa itu mengakui mempunyai perancangan namun menegaskan tidak mahu terburu-buru. Kael juga berhasrat untuk memperisterikan Engku Sulwani.
Saya berhasrat untuk menikahi Engku Sulwani tapi semua ini perlukan proses. Tak akan lah saya nak terus peluk Islam hanya sebab nak kahwin. Saya betul-betul nak belajar tentang Islam.’
Sebelum ini kehidupan saya memang dah berantakan, jadi saya tak nak perkahwinan akan datang jadi seperti itu juga.
Ada insan bimbing dalami Islam

Dalam pada itu, Kael meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi dengan insan-insan yang sentiasa membantunya memahami Islam dengan lebih baik.
Saya ada rakan dan individu yang membantu saya belajar tentang Islam. Salah seorangnya adalah kerabat Diraja Kelantan yang saya sangat rapat , dia banyak membimbing saya.’
Saya pun ada seorang Bonda iaitu ibu angkat yang beragama Islam.
Berkongsi tentang sisi peribadinya, Kael menyatakan bahawa lagu terbaharunya turut membawa simbolik kepada perjalanan kisah cintanya.
Seperi lagu Angkasa ini, melambangkan kisah cinta saya dan hasrat saya bila berkahwin kelak.
Angkasa adalah sebuah karya yang sangat peribadi, menggambarkan perjalanan seni Kael serta segala cabaran yang ditempuhnya dalam 12 tahun berkecimpung dalam industri.
Angkasa yang merupakan single kesembilan Kael merupakan simbol transformasi jenama penyanyi itu sebagai artis, menampilkan cerita tulus tentang keberanian menzahirkan emosi, semangat dan dedikasi yang autentik.
The post ‘Saya Berhasrat Untuk Nikahi Engku Sulwani’ – Kael Sedia Tukar Agama, Sedang Pelajari Islam first appeared on OHBULAN!.





