35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rumah Bangsa wadah permudah orang muda sertai Umno

    Shopee Sale

    Inisiatif Rumah Bangsa merupakan wadah untuk memudahkan golongan muda menyertai Umno tanpa melalui proses yang rumit, kata naib presiden parti itu, Mohamed Khaled Nordin.

    Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa itu berkata inisiatif berkenaan tidak terhad kepada soal mengembalikan mana-mana individu atau bekas ahli untuk menyertai parti berkenaan.

    “(Sebaliknya), Rumah Bangsa ialah wadah untuk memudahkan orang muda menyertai Umno tanpa perlu mengikut proses-proses yang mungkin tidak menggalakkan mereka untuk menyertai parti ini,” katanya.

    Dia ditemui pemberita pada Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bangi hari ini.

    Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Umno akan memperluas fungsi Rumah Bangsa sebagai wadah untuk individu mengemukakan pandangan atau cadangan bagi memajukan negara dan juga bangsa.

    MENARIK:  Banjir: Beberapa jalan utama di Shah Alam ditutup sepenuhnya

    Pada Jumaat lepas, ahli jawatankuasa itu, Ahmad Maslan, berkata kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan diterima untuk menyertai Umno sebagai ahli baru menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda berusia bawah 40 tahun.

    Ahmad yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata permohonan yang diterima termasuk melalui sayap Wanita dan Puteri.

    Rumah Bangsa ialah inisiatif penyatuan semula Umno yang diperkenalkan oleh presidennya Ahmad Zahid Hamidi untuk menyatukan orang Melayu dan menerima kembali bekas ahli menyertai parti.

    Pada 18 April lalu bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin antara 6,252 bekas pimpinan dan ahli peringkat bahagian serta cawangan dari seluruh negara yang diterima kembali menyertai Umno menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah