29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abby Abadi Sokong Tindakan Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami – ‘Dah Cerai Lupa Anak, Manusia Tiada Perasaan’

    Shopee Sale

    Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang wanita yang nekad menerjah majlis pernikahan bekas suaminya bersama wanita lain bagi menuntut lelaki itu menyelesaikan kes mereka di mahkamah.

    Artikel Berkaitan: Wanita Serbu Majlis Nikah Bekas Suami, Bawa Anak & Dokumen Mahkamah – ‘Aku Penat Cari Nafkah, Kau Boleh Kahwin’

    ‘Saya sokong’

    Tindakan berani wanita berkenaan turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang menyatakan sokongan penuh terhadap tindakannya itu.

    Fasal bekas isteri pergi terjah majlis nikah bekas suami dia untuk minta tandatangan surat (nafkah) sebab lima kali tak hadir mahkamah itu, saya memang sokong sangat-sangat tindakan dia.

    Kalau tak terjah tak jalan (beri kerjasama). Itu pun bila masuk mahkamah belum tahu berapa tahun kes mereka akan selesai.

    Dalam masa sama, Abby turut menyifatkan lelaki berkenaan tidak mempunyai empati dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami serta bapa dengan baik.

    Penat, berdepan dengan manusia yang tiada perasaan ini. Lagi teruk, bila sudah bercerai terus lupa anak. Ya Allah, macam mana lah nak jawab depan Allah nanti.

    Senang hati abaikan tanggungjawab macam itu sahaja. Maaf sebab saya masuk campur, tetapi kalau bab nafkah kau abaikan memang gagal!

    Terdahulu, tular di TikTok video memaparkan seorang wanita yang dilihat tidak lagi mampu bersabar selepas bekas suaminya berulang kali enggan memberi kerjasama dalam kes perceraian dan nafkah.

    MENARIK:  Ibu Alami Bengkak Susu, Berang Kakak Ipar Suka ‘Breastfeed’ Anak Orang – ‘Selalu Cari Peluang Nak Sumbat’

    Wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk menyerbu bekas suaminya di sebuah masjid sambil membawa dokumen mahkamah bagi mendapatkan tandatangan lelaki berkenaan.

    Sumber: Threads

    The post Abby Abadi Sokong Tindakan Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami – ‘Dah Cerai Lupa Anak, Manusia Tiada Perasaan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah