33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Sedekad, 5 Seconds Of Summer Bakal Gegar Kuala Lumpur November Ini!

    Shopee Sale

    Kumpulan pop-rock antarabangsa, 5 Seconds of Summer (5SOS) bakal bertemu peminat di Malaysia menerusi jelajah dunia berprestij, EVERYONE’S A STAR! 2026 World Tour.

    Artikel Berkaitan: Women Talk Musim 9 Tampil Wajah Baharu, Diana Danielle & Nadia Heng Jadi Hos

    Artikel Berkaitan: ‘Bite Me Sweet’ Satukan Pembuat Kek Premium Malaysia Bersama Cef Terbaik & 5 Selebriti Korea Selatan

    Bakal lancar album terbaharu

    Konsert ini dianjurkan oleh SAH Entertainment dan menjadi simbol kepulangan yang telah lama dinantikan oleh peminat tempatan, dengan menjanjikan sebuah malam yang sarat dengan muzik, emosi dan kenangan yang sukar dilupakan.

    Selain itu, konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 17 November ini di Axiata Arena, dan diramalkan bakal menjadi antara acara pop-rock paling dinanti pada tahun ini.

    Sama ada dalam kalangan peminat tegar mahupun pendengar baharu, persembahan ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk menyaksikan sendiri kehebatan kumpulan tersebut secara langsung.

    Kumpulan pop-rock yang berasal dari Australia ini telah mencipta pelbagai kejayaan serta mencapai status jualan multi-platinum.

    Dalam pada itu, ia mula mengumumkan jelajah dunia pada November lepas, dan sekali gus menandakan satu lagi fasa penting dalam evolusi kerjaya seni mereka.

    Ini seiring dengan pengumuman tersebut, mereka turut melancarkan album studio keenam berjudul ‘EVERYONE’S A STAR!’, yang menjadi karya pertama sejak tahun 2022.

    Dekat dengan generasi muda

    Seterusnya, album terbaharu ini memperlihatkan transformasi muzik yang lebih berani dan eksperimental daripada 5SOS, sekali gus mencerminkan perkembangan artistik mereka yang semakin matang.

    Inspirasi daripada kumpulan seperti N.E.R.D., Gorillaz dan The Prodigy jelas mempengaruhi arah baharu ini, namun identiti asal mereka sebagai kumpulan dengan tenaga persembahan pentas yang kuat tetap dikekalkan.

    MENARIK:  Lelaki Kencing, Main Kemaluan Di Tempat Wuduk Masjid

    Dalam pada itu, persinggahan di Malaysia dijangka menyajikan senarai lagu yang menyeluruh, merangkumi perjalanan kerjaya mereka yang gemilang, selain disokong dengan visual imersif serta produksi bertaraf antarabangsa.

    Dalam masa sama, keseluruhan elemen ini juga dijangka mampu memberikan pengalaman konsert yang lebih mendalam dan berimpak kepada para penonton.

    Sementara itu, Sufi Rashid, selaku Ketua Pegawai Eksekutif SAH Entertainment, menyatakan dia melihat peluang besar untuk membawa kumpulan yang dekat dengan generasi muda kembali ke Malaysia.

    Kami telah melihat gelombang artis rock legenda era 90-an dan 2000-an kembali ke Malaysia dengan sambutan luar biasa daripada peminat.

    Dengan 5 Seconds of Summer, kami mahu membawa sebuah kumpulan yang dekat dengan generasi muda.

    Semua peminat yang membesar dengan muzik mereka dan kini berada dalam era menghadiri konsert.

    Persembahan ini adalah detik yang sudah lama dinantikan selepas 10 tahun, dan kami tidak sabar melihat keluarga 5SOS berkumpul bersama.

    Bagi pembelian tiket, peminat boleh mendapatkan akses awal melalui Artist Presale yang akan berlangsung pada 4 Mei ini bermula jam 12:00 tengah hari hingga 11:59 malam, sebelum jualan umum dibuka pada 5 Mei pada waktu yang sama.

    Penjualan tiket juga boleh dibeli menerusi platform rasmi GoLive Asia, manakala peminat juga boleh mendaftar lebih awal untuk akses presale melalui laman web rasmi kumpulan tersebut.

    The post Selepas Sedekad, 5 Seconds Of Summer Bakal Gegar Kuala Lumpur November Ini! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah