Pemilik Madani Greatlink Sdn. Bhd., Hairi Jasadi, berbangga apabila diberi peluang menjadi antara penaja bagi naskhah terbaharu terbitan Key Billions Sdn. Bhd. berjudul Tiket Sehala.
Artikel Berkaitan: Filem Tiket Sehala Angkat Isu Job Scam & Pemerdagangan Manusia Ke Layar Perak Ogos Ini
Artikel Berkaitan: ‘Tiket Sehala’ Angkat Kisah Mangsa Scam Kerja Luar Negara, Gabung Pelakon Empat Benua
Sponsor terbesar

Ketika ditemui , Hairi berkata dia tertarik untuk menjadi salah seorang penaja bagi filem ini susulan pemilihan barisan pelakon yang menghimpunkan bakat dari Malaysia, Korea Selatan dan Indonesia.
Menurut Hairi, majlis yang berlangsung hari ini merupakan permulaan kepada siri jelajah (roadshow) yang akan diteruskan minggu depan bersama pasukan motosikal.
Kita adalah antara penaja bagi filem Tiket Sehala.
Bila saya dengar tentang filem ini, saya tertarik untuk menjadi salah seorang penaja.
Kami juga merancang untuk mengadakan roadshow bagi pelancaran rasmi Tiket Sehala.
Minggu depan kita buat di Shah Alam sambil menonton filem ini. Kita juga panggil pasukan motosikal untuk sertai kami.
Kami berminat dengan filem ini sebab campuran barisan pelakon tempatan dan daripada antarabangsa iaitu Korea, Indonesia dan Malaysia.
Kami juga memerlukan pendedahan walaupun sudah agak lama dalam industri ini. Ini merupakan kali pertama Madani jadi penaja untuk filem.
Selain itu, majlis hari ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para peminat yang berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik serta memenangi baucar bernilai keseluruhan RM50,000.
Untuk aktiviti hari ini kita ada jemput peminat juga untuk sertai ‘Gold Bar Challenge’ dan 100 pemenang akan dapat tiket percuma untuk filem ini.
Kita juga ada baucar beli kereta. Jumlah dalam RM50,000. Satu baucar berjumlah RM5,000.
Kita sasarkan untuk bisnes kita, semoga lebih ramai kenal kami yang menjual kereta dan motor. Ini salah satu objektif saya selain minat dengan filem ini
Dengan menampilkan gabungan pelakon tempatan dan antarabangsa, lokasi penggambaran di dua buah negara serta mengangkat isu semasa yang dekat dengan realiti masyarakat, ‘Tiket Sehala’ bakal berada di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos ini.
The post ‘Barisan Pelakon Antarabangsa Menarik Perhatian Saya’ – Hairi Jasadi Bangga Jadi Keluarga Filem Tiket Sehala first appeared on OHBULAN!.





