Pempengaruh, Che Sayang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan.
Artikel Berkaitan: Che Sayang Terima Teguran – ‘Saya Bukan Dari Latar Belakang Masakan, Akan Lebih Teliti’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Sayang Dikecam Guna Bahan Ringkas Buat Cottage Pie, Netizen Tampil ‘Back Up’ & Minta Teruskan Berkongsi
Hilang 20kg
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid memaklumkan dia mengamalkan tiga jenis senaman sebagai usaha menurunkan berat badan.
Menurut Che Sayang, dia tidak mengambil jalan pintas sebaliknya memilih untuk melalui proses yang konsisten demi mencapai berat badan ideal.
Selepas tiga bulan mengamalkan defisit kalori, latihan angkat berat dan mendaki bukit, akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram.
Pada hantaran yang sama, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap usaha Che Sayang sekali gus memberikan sokongan agar dia membuat kandungan ‘2 Minit 1 Senaman’.
2 Minit 1 Senaman




Sumber: Threads @chesayangkitchen
The post Che Sayang Turun 20kg Dalam Tiga Bulan, Netizen Sokong Buat Konten ‘2 Minit 1 Senaman’ first appeared on OHBULAN!.





