Seorang suami enggan menyalahkan mana-mana pihak selepas isterinya yang sedang hamil tujuh bulan serta anak mereka cedera dalam kemalangan membabitkan peserta RXZ Members 8.0 di Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, pagi tadi.
Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Kegembiraan Kita Jadi Kesusahan Orang Lain’ – Dr Zulkifli Titip Pesanan Buat Ahli RXZ
Kemalangan

Memetik Harian Metro, Talhah Mahmud, 61, bagaimanapun mengakui memilih untuk tidak menonton rakaman tular berhubung kejadian itu kerana tidak sanggup melihat keadaan isteri dan anaknya.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melakukan siasatan.
Saya difahamkan anak sulung melecur 60 peratus dari pinggang hingga ke bawah selepas kemalangan itu.
Menceritakan kembali, Talha berkata isterinya Syafirah Salim, 36, dan anak mereka, Ahmad Asyraf, 13, keluar dari rumah menuju ke Pasar Batu Enam bagi membeli keperluan harian sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Menurut maklumat yang diterima Talha, sebaik tiba di lokasi, sebuah motosikal didapati merempuh motosikal Honda Beat yang ditunggang isterinya sehingga menyebabkan tumpahan miyak dan terbakar.
Isteri saya hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak ketiga dua bulan lagi.
Saya difahamkan anak sulung melecur 60 peratus dari pinggang hingga ke bawah selepas kemalangan itu.
Anak sulung saya juga kini berada di wad pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, bagi menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bahagian yang melecur.
Saya berdoa agar kandungan isteri tidak terjejas akibat kejadian itu selain anak sulungnya juga segera pulih.
Talha berkata lima bulan lalu dia terlibat dalam kemalangan motosikal dan kini masih menjalani sesi fisioterapi kerana mengalami keretakan pada lutut.
Akibat kejadian itu, saya kini masih menggunakan tongkat untuk berjalan dan menghabiskan banyak masa di rumah.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita bersama anaknya terbabit dalam kemalangan melibatkan peserta RXZ Members 8.0 di Persimpangan Buluh Gading, jam 11.50 pagi tadi.
Sumber: Harian Metro
The post Suami Pasrah Isteri Hamil 7 Bulan, Anak Parah Dilanggar Peserta RXZ – ‘Saya Berdoa Kandungan Tidak Terjejas first appeared on OHBULAN!.





