Seorang pakar rawatan mata terkenal menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menyalahkan dosa lampau seorang pesakit susulan komplikasi yang berlaku pada mata individu berkenaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prof Muhaya Kongsi Cara Kenalpasti Pekerjaan Terbaik, Pasang Niat Untuk Beri Kebaikan Kepada Ummah
Artikel Berkaitan: Persoal Perempuan Bekerjaya, Netizen Tanya Prof Muhaya ‘Salah Ke Perempuan Nak Belajar Tinggi?’
Dosa lampau berkait dengan masalah kesihatan?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman menemani rakannya mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan mata terkenal tersebut.
Menurut individu terbabit, rakannya mengalami masalah selepas menjalani prosedur LASIK dan perlu hadir beberapa kali ke pusat rawatan berkenaan untuk sesi susulan.
Saya pernah teman kawan buat prosedur lasik dengan dia.
Lepas itu, ada masalah dan kena beberapa kali follow up. Puas dia kena tazkirah. Prosedur bermasalah punca dari kawan saya.
Dakwanya, pakar rawatan mata berkenaan menyifatkan masalah yang dialami itu berpunca daripada pesakit itu sendiri yang berkemungkinan mempunyai dosa yang dilakukan secara tidak sedar.
Selain itu, rakannya juga dinasihati untuk menilai semula hubungan dengan orang sekeliling terutama suami dan ibu bapa.
Katanya mungkin kawan saya ada dosa-doa yg tak sedar, kena nilai balik hubungan dengan suami, ibu bapa, kawan-kawan, dan mungkin hati masih tak begitu bersih.
Kiranya semua masalah mata tu bukan punca dari prosedur dia semua punca dari kawan saya tu.
Sumber: Threads @sunyi_rumahbelakang
The post Pakar Rawatan Mata Terkenal Didakwa Salahkan Pesakit Akibat Dosa Lampau? first appeared on OHBULAN!.





