28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diana Danielle Abai Kecaman Foto Dengan Kekasih, Janji Kongsi Berita Bila Nak Kahwin

    Shopee Sale

    Pelakon, Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak memikirkan tentang kecaman netizen berhubung foto mesranya bersama teman lelaki yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Cari Cef Peribadi Pakar Nutrisi, Tidak Mahu Kedua Anak Makan Nasi Berlauk Setiap Hari

    Foto dengan kekasih

    Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata dia lebih selesa menjalani kehidupan tanpa memikirkan tentang apa yang diperkatakan orang luar terhadap dirinya.

    Sebenarnya saya tak sedar pun (komen netizen) sebab saya cuba untuk tidak menyerap kata-kata orang, sama ada yang baik atau yang buruk. Lagipun, kehidupan saya sekarang macam berada dalam ‘bubble’ sendiri.

    Memang ada terpandang komen-komen itu sebab itu akaun Threads saya, tetapi saya tidak secara aktif mencari komen atau membiarkan diri terkesan dengan apa yang orang kata.

    Diana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran treler filem Terbang yang berlangsung di Carfe, Petaling Jaya, pada Rabu.

    Mengulas lanjut, Diana berkata dia memahami setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan menganggap kecaman merupakan asam garam bergelar selebriti.

    Pasti akan ada yang menyukai dan ada yang membenci saya, tetapi saya akan sentiasa membalasnya dengan tenaga yang positif.

    Sepanjang berada dalam industri ini, saya sentiasa cuba memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya, di samping berkongsi sedikit perkembangan peribadi.

    Saya faham jika sesetengah pihak rasa kurang selesa dengannya, tetapi bagi saya inilah hakikatnya.

    Ditanya mengenai kemungkinan membawa hubungan cintanya ke fasa perkahwinan, Diana berkata dia belum bersedia berkongsi perkara itu dan akan memaklumkan sendiri sekiranya ada berita gembira pada masa hadapan.

    Buat masa ini belum lagi. Saya harap pihak media tidak terus mendesak mengenai perkara ini. Saya dah berjanji, sekiranya ada sebarang perkembangan atau jika hubungan kami bakal melangkah ke fasa seterusnya, saya sendiri yang akan maklumkan.

    Terdahulu, Diana menjadi perhatian selepas berkongsi foto dirinya merangkul lengan teman lelakinya menerusi Threads sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    MENARIK:  Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’

    Ada yang mengkritik tindakan tersebut kerana menganggap kemesraan itu kurang sesuai dipertontonkan secara terbuka di media sosial.

    The post Diana Danielle Abai Kecaman Foto Dengan Kekasih, Janji Kongsi Berita Bila Nak Kahwin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah