Kerajaan hari ini memaklumkan saranan supaya sektor perkhidmatan awam bekerja dari rumah (WFH) – jika dipersetujui untuk dilaksanakan – tidak akan melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, pada sidang media mingguan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.
"Tidak, (pada) waktu ini tidak melibatkan sektor pendidikan, sektor kesihatan, yang bersifat frontline (barisan hadapan)," katanya.
Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata demikian ketika diminta mengesahkan perkara itu.





