29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azza Elite Titip Pesanan Buat Individu Didakwa Terlibat Dalam Kematian Rocky – ‘Bila Bersabar, Allah Tunjukkan Jalan’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Azza Elite menitipkan pesanan buat individu yang didakwa terlibat dengan kematian seekor anjing bernama Rocky.

    Artikel Berkaitan: Guna Kata-Kata Kasar, Kilafairy Mohon Maaf Isu Kematian Rocky – ‘Terima Kasih Kepada Yang Tegur & Menasihati Saya’

    Artikel Berkaitan: Jinggo Nasihat Kilafairy Isu Rocky – ‘Doa & Kata-Kata Awak Sangat Tidak Baik’

    Buat baik

    View on Threads

    Menerusi komen di Threads, Azza atau nama penuhnya Noor Azzarina Zawari berkata Allah SWT mengetahui segala yang tersirat di sebalik setiap perbuatan yang kita lakukan, meskipun pada pandangan orang lain ia kelihatan tidak baik.

    Menurutnya, apabila kita memilih untuk bersabar, Allah SWT akan memudahkan segala urusan dan membuka jalan yang terbaik.

    Adik, bila kita buat kerja kita dengan baik walaupun nampak tak baik pada orang, tidak mengapa, Allah tahu.

    Orang keji, fitnah itu normal. Bila kita bersabar Allah akan tunjukkan jalan.

    Mengulas lanjut, Azza berkata sebagai manusia, kita perlu menggunakan akal fikiran yang dikurniakan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

    Ada binatang kita boleh bela, ada binatang boleh membahayakan orang lain.

    Kita sebagai manusia Allah bagi akal fikiran fikirlah secara waras.

    Azza turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan dengan baik agar tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain yang tidak bersalah.

    Kalau ia membahayakan manusia, wajarlah tindakan kita lakukan untuk selamatkan manusia dahulu.

    Yang perlihara haiwan jagalah baik-baik supaya tidak datangkan bahaya pada manusia.

    Terdahulu, media sosial kecoh dengan berita mengenai kematian Rocky sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    MENARIK:  Mimi Lana dan Syafiq Kyle Berdoa untuk Hubungan Baik - 'Saya Akan Membuat Semua Permintaan Terwujud'

    Sumber: Threads

    The post Azza Elite Titip Pesanan Buat Individu Didakwa Terlibat Dalam Kematian Rocky – ‘Bila Bersabar, Allah Tunjukkan Jalan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah