29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafiq Farhain Kembali Selepas Dua Tahun, Pertaruh Single ‘Cerita Luka’

    Shopee Sale

    Selepas dua tahun ‘menyepi’, Syafiq Farhain kembali mewarnai industri muzik menerusi single terbaharu berjudul Cerita Luka yang diterbitkan oleh MVM Music Sdn. Bhd.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Farhain Syukur Kembali Bertemu Adik Kandung, Hubungan Kembali Akrab – ‘Rasa Sedikit Kekok Sebab Lama Tak Jumpa’

    Artikel Berkaitan: ‘Bau Sedap, Macam Daging Bakar’ – Syafiq Farhain Imbau Pengalaman Terlibat Operasi Kebakaran, Jumpa Mangsa Rentung

    Lagu Cinta Luka

    Karya hasil ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh ini menampilkan kelainan menerusi sentuhan moden slow rock balada berbanding lagu-lagu yang pernah dibawakan Syafiq sebelum ini.

    Ketika pertama kali mendengar Cerita Luka, saya terus menyukainya. Lagu ini menawarkan kelainan menerusi sentuhan moden slow rock balada dan berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya bawakan sebelum ini.

    Sebenarnya, terdapat 10 lagu terbaik daripada komposer berbeza yang dipertimbangkan. Namun, Cerita Luka paling dekat dengan jiwa saya dan sesuai dijadikan karya untuk menandakan kemunculan semula selepas dua tahun.

    Tambah Syafiq, kerjasama sulung bersama Ikhwan dan Wan Saleh turut memberikan pengalaman baharu sepanjang proses rakaman. Malah dia berharap agar karya terbaharunya ini dapat diterima baik oleh para peminat dan pencinta muzik tanah air.

    Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh. Saya dapat merasakan perbezaan dalam cara mereka bekerja dan membimbing saya untuk mendapatkan penyampaian yang menepati emosi lagu.

    Saya berharap lagu ini bukan sahaja diterima oleh peminat sedia ada, malah dapat memperkenalkan sisi baharu Syafiq Farhain kepada pendengar.

    Dalam masa sama, naib juara Big Stage 2018 itu turut menyifatkan Cerita Luka sebagai permulaan kepada fasa baharu dalam kerjaya seninya, termasuk perancangan menghasilkan mini album dan mengadakan mini showcase pada penghujung tahun ini.

    Cerita Luka adalah permulaan kepada perancangan seni saya selepas ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, saya mahu menghasilkan sebuah mini album dan mengadakan mini showcase pada penghujung tahun.

    Saya berharap peminat akan terus memberikan sokongan dan bersama-sama mengikuti perjalanan baharu ini,” katanya.

    Sementara itu, Ikhwan dan Wan Saleh meluahkan rasa syukur kerana proses rakaman berjalan lancar selain mudah berurusan dengan Syafiq meskipun ini baru pertama kali mereka bekerjasama.

    Pada mulanya kami agak berdebar kerana setiap penyanyi mempunyai gaya dan cara kerja yang berbeza. Namun, Syafiq seorang penyanyi yang mudah bekerjasama serta cepat memahami arahan.

    Proses rakaman berjalan dengan baik dan dapat diselesaikan dalam tempoh dua jam sahaja. Kami berharap Cerita Luka dapat diterima ramai serta meninggalkan kesan kepada pendengar.

    Cerita Luka mula berada di semua platform penstriman digital pada 31 Julai lalu, manakala video muzik rasminya akan ditayangkan buat pertama kali menerusi saluran YouTube MVM pada 5 Ogos 2026.

    MENARIK:  Ina Naim Bakal Bernikah Dengan Mohd K 8 November Ini? Isman Nadim Luah Rasa Lega – ‘Nama Lelaki Jelas Bukan Saya’

    The post Syafiq Farhain Kembali Selepas Dua Tahun, Pertaruh Single ‘Cerita Luka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah