29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tabung Haji: Pembayaran zakat TH dibuat bagi pendeposit sah

    Shopee Sale

    Tabung Haji (TH) menegaskan amalan pembayaran zakat yang dilaksanakan badan itu telah dibentangkan dan diperakui oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

    Jelas TH, kesemua pembayaran zakat yang dibuat oleh TH bagi pihak pendeposit adalah sah dan tidak perlu untuk pendeposit berbuat demikian.

    Dalam satu kenyataan hari ini, TH memaklumkan Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH dalam mesyuarat pada 2 Sep 2020 berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada tahun 2019 adalah sah dan mematuhi hukum syarak.

    "Merujuk kepada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH supaya perkara berkaitan amalan zakat TH dibawa kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), TH ingin menegaskan bahawa amalan zakat TH telah dibentangkan dan diperakui oleh Jawatankuasa Muzakarah tersebut pada Jun 2024.

    "Pandangan Jawatankuasa Muzakarah tersebut seterusnya telah disembah maklum kepada Mesyuarat Majlis Raja Raja yang ke-267 pada Okt 2024.

    MENARIK:  Doktor ditahan bantu siasatan kes cabul pesakit remaja

    "TH ingin memaklumkan bahawa keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat TH adalah berpandukan garis panduan zakat yang telah diluluskan dan dipantau oleh JPS TH," kata kenyataan itu.

    Sebelum ini, laporan RCI TH mengesyorkan isu pembayaran zakat diberi perhatian serius bagi memastikan bayaran dilaksanakan dengan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.

    Syor itu dikemukakan selepas mengenalpasti berlaku perubahan akad simpanan dan menyarankan agar TH mengemukakan perkara itu kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Muzakarah MKI).

    "Suruhanjaya mendapati pada 2016, akad deposit (kontrak) ini telah ditukar kepada Wadi 'ah Yad Dhamanah yang mana deposit dikira sebagai simpanan.

    "TH akan membayar keuntungan (hibah) kepada pendeposit untuk mengelakkan pembayaran riba. Namun, suruhanjaya mendapati tiada penjelasan mengapa perubahan akad ini dilakukan," menurut laporan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah