29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahfuz: Cadangan jawatan timb exco bukti kelemahan kepimpinan PN-BN

    Shopee Sale

    Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar menyifatkan cadangan untuk mewujudkan jawatan timbalan exco di Negeri Sembilan sebagai bukti kelemahan kepimpinan PN-BN yang menurutnya tidak berkeupayaan mentadbir negeri dan negara dengan berkesan.

    Mahfuz berkata sekiranya langkah itu diteruskan, ia merupakan pembaziran wang kerajaan negeri kerana setiap jawatan baru memerlukan peruntukan bagi membayar elaun.

    "Pada saya, inilah otak pemimpin PN-BN yang tidak berkeupayaan untuk mentadbir negeri dan juga negara.

    "Kenapa perlu tambah jawatan? Kalau seseorang itu mempunyai keupayaan, dia boleh menguruskan tugas dan portfolio yang diberikan," katanya kepada Malaysiakini.

    Mahfuz berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim, yang memaklumkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan jawatan timbalan exco bagi beberapa portfolio sebagai usaha memperkukuh pentadbiran.

    Ismail dilaporkan berkata cadangan itu merupakan pendekatan baru dalam pentadbiran kerajaan negeri, namun jumlah timbalan exco yang akan dilantik masih belum diputuskan.

    Mengulas lanjut cadangan itu, Mahfuz berkata dia terkejut apabila Negeri Sembilan turut mempertimbangkan langkah berkenaan selepas Johor mengambil langkah sedemikian, sambil menegaskan saiz pentadbiran yang besar tidak semestinya menjamin keberkesanan sesebuah kerajaan.

    MENARIK:  Piala Asia: Pasukan sepak takraw negara pamer pencapaian luar biasa - PM

    "Ya Allah, saya pun terkejut. Bermula dengan Johor dan kini Negeri Sembilan.

    "Kalau kita tengok negara-negara lain, kabinet kerajaan mereka kecil sahaja walaupun jumlah penduduk beratus juta, tetapi negara mereka maju," katanya.

    Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada pengundian individu yang berkelayakan serta memaksimumkan keupayaan mereka, bukannya menambah bilangan jawatan dalam pentadbiran.

    Mahfuz turut membandingkan cadangan itu dengan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di peringkat persekutuan yang menurutnya mempunyai barisan kabinet besar sebelum ini, tetapi gagal mencapai prestasi seperti yang diharapkan.

    Dia berkata jika cadangan itu dilaksanakan, Negeri Sembilan boleh mempunyai sehingga 10 exco dan 10 timbalan exco, menjadikan seramai 20 anggota dalam pentadbiran sebuah negeri yang kecil.

    "Bagi saya, ini pembaziran sebab setiap jawatan itu memerlukan elaun, bukannya dilantik secara percuma.

    "Jadi, jangan membazir duit kerajaan negeri," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah