29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Peserta RXZ Members Solat Di Bahu Jalan, Raih Pujian Netizen – ‘Dunia Dapat, Akhirat Dapat’

    Shopee Sale

    Tular di TikTok rakaman memaparkan seorang lelaki yang juga peserta RXZ Members 8.0 menunaikan solat di bahu jalan di sebuah lebuh raya.

    Artikel Berkaitan: ‘RXZ Members Mungkin Berakhir Pada 2028 Atau Lebih Awal’ – Penganjur

    Tunaikan kewajipan

    Menerusi klip yang dikongsikan, lelaki berkenaan dilihat membentangkan sejadah di atas kawasan berumput sebelum menunaikan solat di lokasi tersebut.

    Difahamkan, individu terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 yang berlangsung di Terengganu pada minggu lalu.

    Meskipun berada di tepi lebuh raya, lelaki tersebut dilihat tetap mengambil kesempatan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim sebelum meneruskan perjalanan.

    Individu berkenaan turut memberikan penjelasan di ruangan komen mengenai tindakannya menarik baju serta membetulkan seluar sebelum melakukan rukuk dan sujud.

    Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan kerana pakaian yang dipakainya agak singkat dan dia bimbang aurat terdedah ketika melakukan pergerakan dalam solat.

    MENARIK:  All Star Influencer Award (Asia) 2025 Bakal Tampilkan 80 ‘Influencer’ Dari 20 Negara

    Perkongsian berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata memuji usaha lelaki tersebut tetap mengutamakan kewajipan dalam apa jua situasi.

    Ada juga yang melihat tindakan itu sebagai peringatan bahawa kesibukan atau perjalanan jauh tidak semestinya menjadi penghalang untuk seseorang menunaikan kewajipan agama apabila tiba waktunya.

    Sumber: TikTok

    The post Tular Video Peserta RXZ Members Solat Di Bahu Jalan, Raih Pujian Netizen – ‘Dunia Dapat, Akhirat Dapat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah