29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Identiti Disalah Guna Untuk Scam, Anne Ngasri Dapatkan Nasihat Peguam

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Datin Anne Ngasri tampil bersuara selepas mendakwa identiti serta rakaman videonya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosikan skim pinjaman di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Syukur Allah Berikan Seorang Adik Yang Tempatnya Insya-Allah Di Syurga’ – Anne Ngasri

    Artikel Berkaitan: Anne Ngasri Minta Tunjuk Ajar Darling Ngasri Terbit Filem Pertama -‘Dia Mentor Saya’

    Sunting rakaman video

    Menurut Anne, perkara itu hanya disedarinya selepas beberapa rakan menghubunginya dan menghantar pautan video yang telah tular serta meraih jumlah tontonan yang tinggi.

    Katanya, individu tidak bertanggungjawab itu didakwa telah menyunting rakaman videonya sebelum memanipulasikannya bagi mempromosikan tawaran pinjaman yang tidak wujud.

    Sahabat-sahabat media sosial yang kirimkan video itu kepada saya dan tontonan video itu agak tinggi. Jadi pada saya ini satu perkara yang perlu saya ambil berat kerana ia adalah satu penipuan.

    Saya terkejut sebab mereka edit video tersebut untuk minta pinjaman. Sampai beli tudung bawal pun dia boleh cakap boleh dapat pinjaman sekian-sekian.

    Tidak mahu salah faham terus berleluasa, Anne segera mengeluarkan kenyataan di media sosial bagi menjelaskan bahawa video tersebut telah dimanipulasi tanpa pengetahuan atau kebenarannya.

    Selain tampil membuat penjelasan, pelakon drama Cili Padi itu turut memaklumkan dia sudah mendapatkan nasihat peguam serta menyiapkan draf laporan polis sebagai langkah awal sebelum meneruskan tindakan undang-undang.

    Saya baru selesai draf laporan polis dan saya juga dapatkan nasihat daripada peguam untuk tindakan seterusnya.

    Saya harap orang yang buat perkara macam ini janganlah begitu. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai orang mungkin perlukan pinjaman, tetapi jangan gunakan muka saya untuk buat perkara yang tidak betul.

    Platform saya adalah untuk berkongsi tentang diri saya, bukannya untuk digunakan bagi tujuan menipu. Dari sudut undang-undang pun ia memang salah.

    Dalam pada itu, Anne berkata tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya serta bagi mengelakkan orang ramai terus diperdaya.

    Sebelum ini memang banyak akaun palsu di TikTok dan Facebook yang gunakan nama saya tetapi saya hanya ada satu akaun sahaja.

    Apabila melibatkan penipuan, saya tak boleh biarkan. Saya perlu ambil tindakan supaya tak ramai orang jadi mangsa.

    Terdahulu, Anne mendedahkan identiti serta videonya telah disalahgunakan bagi mengiklankan tawaran pinjaman di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Buat Masa Sekarang Suami Syasya Tak Bekerja’ – Rozie Othman

    Pelakon itu bagaimanapun menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim berkenaan dan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya

    The post [VIDEO] Identiti Disalah Guna Untuk Scam, Anne Ngasri Dapatkan Nasihat Peguam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah